_

KEROSAKAN TIDAK BERPUNCA DARIPADA BAS RAPID KL

Petaling Jaya, 5 Jun – Susulan sebuah video yang telah diterbitkan di media sosial sejak semalam, Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) selaku pengendali perkhidmatan bas Rapid KL ingin memastikan bahawa kerosakan yang telah berlaku pada kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire yang di parkir di tepi jalan tersebut adalah tidak berpunca daripada bas Rapid KL. 

“Semasa melalui jalan terbabit, kami terpaksa dipandu dengan kelajuan yang sangat perlahan kerana laluan tersebut agak sempit. Ini disebabkan oleh kenderaan lain yang telah meletakkan kenderaan mereka di ruangan larangan parkir, sehingga menghalang laluan pengguna lain. Kami mendapati kenderaan jenis Toyota Vellfire tersebut telah rosak sewaktu kami ingin melepasi kawasan itu,” jelas wakil Rapid Bus. 

Bahasa: