Search
Close this search box.

_

KEMASKINI: PERKHIDMATAN LRT LALUAN KELANA JAYA KEMBALI NORMAL MULAI JAM 6.00 PAGI ESOK

KUALA LUMPUR, 16 APRIL 2024 – Susulan gangguan bekalan kuasa yang berlaku di perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya pada petang tadi, pihak Rapid Rail memaklumkan kekerapan LRT akan kembali beroperasi secara normal mulai jam 6.00 pagi esok (Rabu 17 April 2024).

Jadual perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya akan beroperasi dengan kekerapan tren 3 minit pada waktu puncak dan 7 minit bagi waktu luar puncak.

Namun, beberapa fasiliti seperti eskalator dan lif di stesen LRT Kelana Jaya, Taman Bahagia dan Asia Jaya masih lagi belum berfungsi. Kerja-kerja pembaikan sedang giat dijalankan. Bagi penumpang-penumpang yang memerlukan bantuan khusus, sila berhubung dengan petugas-petugas stesen dan anggota Polis Bantuan.

Pihak Rapid Rail memohon maaf kepada penumpang di atas kelewatan dan kesulitan yang dialami.

Untuk sebarang pertanyaan, pengguna boleh menghubungi talian khidmat pelanggan Rapid KL di talian 03-7885 2585 atau berhubung menerusi platform media sosial Rapid KL.

Language:

Search