Search
Close this search box.

Rapid KL - Koc Wanita

Women’s Coach

pasang ladies coach
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

Mengenai Koc Wanita

Koc Wanita diperkenalkan di semua stesen dan tren di MRT Laluan Kajang. Inisiatif ini bagi memberi kemudahan kepada para penumpang wanita dengan perjalanan yang lebih selesa dan selamat terutamanya semasa waktu puncak.

Koc ini terletak di gerabak tengah setiap tren MRT Laluan Kajang dan Putrajaya dibezakan dengan pelekat khas berwarna merah jambu.

Soalan-Soalan Lazim / Frequently Asked Questions

Koc Wanita adalah koc yang dikhaskan untuk penumpang wanita apabila menggunakan perkhidmatan MRT Laluan Kajang dan Putrajaya.

Koc Wanita disediakan pada bila-bila masa, termasuk di hujung minggu dan pada cuti umum.

The Women’s Coach is a coach specially reserved for female passengers when using the MRT Kajang and Putrajaya Line service.

The Women’s Coach is available at all times including on weekends and public holidays.

Perlaksanaan inisiatif Koc Wanita ini akan dinilai selama 3-6 bulan oleh pihak berkuasa sebelum sebarang keputusan diambil untuk dilaksanakan di laluan- laluan rel lain.

The Women’s Coach initiative will be monitored and assessed by the regulators for 3-6 months before making any decision to implement it on the other rail lines.

Koc Wanita diperkenalkan bagi memberi kemudahan untuk perjalanan yang lebih selesa dan selamat. Inisiatif yang serupa telah dilaksanakan dengan jayanya di beberapa buah bandaraya seperti New Delhi, Jakarta, Dubai, Rio de Janeiro dan Mexico City.

Berdasarkan kepada maklum balas yang diterima ke atas tinjauan umum yang dilakukan, kebanyakan penumpang mengalu-alukan Koc Wanita ini.

It provides female passengers with a more comfortable and safer journey when using the service. Similar initiatives have been successfully implemented in various other major cities like New Delhi, Jakarta, Dubai, Rio de Janeiro and Mexico City.

Based on a survey that was conducted, a majority of passengers welcome the implementation of the Women’s Coach.

Koc Wanita ini bertujuan untuk memberi keselesaan pada semua penumpang. Berdasarkan komposisi penumpang, peratus penumpang wanita adalah 53% manakala penumpang lelaki adalah 47%.

Pada ketika ini, jumlah tren dan juga kekerapan Laluan Kajang sedang ditambahbaik. Dalam masa terdekat, bilangan tren akan ditambah secara berkala.

The Women’s Coach is aimed at providing comfort to all passengers. Women make up 53% of total passengers, while men are at 47%.

The number of trains and frequency is being constantly improved. More trains will be added into the service in the coming months.

Koc Wanita terletak di bahagian tengah setiap tren MRT Laluan Kajang dan Putrajaya dengan menggunakan sebahagian daripada koc 2 dan sebahagian daripada koc 3.

The Women’s Coach is situated at the center coaches of each train set, utilising part of the second and third coaches.

Semua penumpang perempuan pelbagai umur dan kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dan ke bawah yang ditemani oleh penjaga wanita boleh menggunakan Koc Wanita tersebut.

Seluruh komuniti OKU termasuk penjaga diberikan keutamaan untuk menaiki mana-mana gerabak tren.

All female passengers of any age and boys aged 12 and below who are accompanied by a female guardian can board the Women’s Coach.

All people with disabilities (PWD) along with their caregivers are given priority to board any coach.

Koc Wanita dapat dikenalpasti melalui pelekat khas di platform serta di dalam gerabak yang dikhaskan.

The Women’s Coach can be identified through special stickers at the platform as well as the interior of the specially reserved coaches.

Penumpang wanita boleh menegur secara berhemah kepada penumpang lelaki untuk menukar ke gerabak biasa. Jika situasi berterusan, penumpang boleh mendapatkan bantuan daripada anggota polis bantuan dan kakitangan operasi.

Penumpang juga boleh menghubungi pusat khidmat pelanggan Rapid KL di suggest@rapidkl.com.my atau di talian 03-7885 2585.

Female passengers can politely request male passengers to switch to the normal coaches. If the situation persists, passengers can seek assistance from auxiliary police or any operation staff.

Passengers can also get in touch with Rapid KL Customer Care Unit at suggest@rapidkl.com.my or at 03-7885 2585.

Sekiranya Koc Wanita penuh, penumpang wanita boleh memilih untuk menaiki gerabak biasa.

If the Women’s Coach is congested, women passengers can choose to board the normal coaches.

Koc Wanita disediakan semasa perkhidmatan normal. Ketika terdapat gangguan perkhidmatan, semua penumpang akan dibenarkan untuk menaiki Koc Wanita setelah mendapat nasihat petugas di platform.

Women’s Coach is applicable during normal service. When there are disruptions, all passengers will be allowed to board the Women’s Coach on the advice from staff at the platform.

a) Menaiki gerabak biasa dengan ahli keluarga / teman / rakan; atau

b) Penumpang wanita dan kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dan ke bawah yang ditemani oleh penjaga wanita boleh menaiki Koc Wanita; atau

c) Berasingan – Ahli keluarga lelaki / teman / rakan boleh menaiki gerabak biasa sementara penumpang wanita menggunakan Koc Wanita; atau

d) Seluruh komuniti OKU termasuk penjaga diberikan keutamaan untuk menaiki mana-mana gerabak tren.

a) Board the normal coach with family members / companion / friends; or

b) Female passengers and boys aged 12 years and below who are accompanied by a female guardian may board the Women’s Coach; or

c) Temporary Separation – Male family members / companion / friends may board normal coaches whilst female passengers board the Women’s Coach; or

d) All people with disabilities (PWD) along with their caregivers are given priority to board any coach.

Kedudukan Koc Wanita adalah di tengah agar selaras dengan garis menunggu di platform serta untuk menyeragamkan keperluan operasi tren di semua stesen.

The position of the Women’ Coach is the middle to align with the platform queue and to standardise train operational requirements at all stations.

Language:

Search