Search
Close this search box.

_

PERUBAHAN OPERASI BRT LALUAN SUNWAY SEMPENA ACARA LARIAN ‘UNDER ARMOUR DUAL’

SUBANG JAYA, 24 April 2024 – Perkhidmatan BRT Laluan Sunway kendalian Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) akan mengalami perubahan operasi pada 27 April 2024 bermula jam 6.00 petang hingga tamat waktu operasi.

Perubahan ini adalah untuk memberi laluan kepada kerja-kerja persediaan penganjuran acara larian ‘Under Armour Dual’ di sepanjang trek BRT Laluan Sunway yang akan bermula dari jam 10.00 malam sehingga 3.00 pagi.

Dari jam 6.00 petang pada 27 April 2024, perkhidmatan BRT Laluan Sunway akan beroperasi di atas jalan raya secara percuma dengan kekerapan setiap 30 minit. Pengguna boleh mendapatkan perkhidmatan ini dengan menunggu di bawah setiap stesen BRT Laluan Sunway kecuali di stesen-stesen berikut: –

Maklumat serta notis akan diletakkan di setiap stesen BRT bagi memaklumkan kepada pengguna tentang perubahan operasi serta memudahkan pengguna untuk merancang perjalanan dengan lebih awal.

Perkhidmatan BRT Laluan Sunway akan kembali beroperasi seperti biasa bermula jam 6.00 pagi, 28 April 2024.

Para pengguna boleh memuat turun aplikasi PULSE di Google Play dan App Store bagi merancang perjalanan, selain aplikasi Google Maps untuk mengetahui lokasi bas serta layari laman web rasmi Rapid KL di https://myrapid.com.my untuk maklumat terkini.

Language:

Search