Search
Close this search box.

_

GANGGUAN PERKHIDMATAN MRT LALUAN PUTRAJAYA: PERKHIDMATAN KEMBALI PULIH PADA JAM 9.48 MALAM

KUALA LUMPUR, 31 Mei 2024 – Rapid Rail Sdn Bhd ingin memaklumkan bahawa perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya telah kembali pulih pada jam 9.48 malam tadi. 

Untuk makluman, perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya telah mengalami kelewatan jadual perkhidmatan bermula jam 7.22 malam tadi akibat daripada gangguan sistem persemboyanan (signalling). Kerja-kerja rektifikasi terperinci akan dijalankan oleh pasukan teknikal selepas tamat waktu operasi pada malam ini.

Pihak Rapid Rail sebagai pihak operator memandang serius akan gangguan ini yang telah menjejas pengguna-pengguna perkhidmatan laluan MRT terbaharu dalam rangkaian relnya. Justeru, kami sedang bekerjasama dengan pihak MRT Corp selaku pemilik aset, serta pihak kontraktor dan pembekal sistem berkenaan untuk menjalankan siasatan terperinci bagi mengenalpasti punca sebenar gangguan tersebut 

Perkhidmatan bas perantara percuma dari Stesen Chan Sow Lin sehingga ke Stesen Putrajaya Sentral masih disediakan sebagai pilihan alternatif penumpang untuk meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing. 

Anggota Polis Bantuan dan petugas stesen telah ditempatkan di platform dan kawasan ruang legar stesen bagi membantu pergerakan semua penumpang. Pengumuman juga telah dibuat melalui laman media sosial dan di stesen untuk makluman penumpang.

Pihak Rapid Rail memohon maaf kepada semua penumpang yang terkesan di atas gangguan perkhidmatan yang berlaku pada malam ini. 

Language:

Search