Info: Prasarana Tingkat Kekerapan Tren Dan Bas Mulai 1 April
Selaras dengan negara memasuki Fasa ‘Peralihan Ke Endemik’ dan pembukaan semula sempadan mulai 1 April ini, Prasarana akan membuat pelarasan semula terhadap jadual kekerapan perkhidmatan tren dan bas kendaliannya di Lembah Klang mulai bulan depan.