Search
Close this search box.

_

TREN MRT, LRT DAN MONOREL KL BEROPERASI SEPERTI BIASA

Kuala Lumpur, 2 Julai – Semua perkhidmatan rel Rapid KL akan beroperasi seperti biasa mengikut kekerapan yang telah ditetapkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang lalu.

Walaubagaimanapun, kekerapan serta waktu operasi akan di teliti dari masa ke semasa, selaras dengan permintaan para penumpang sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang akan bermula esok, 3 Julai 2021.

Kepada penumpang yang masih perlu menggunakan perkhidmatan Rapid KL, diingatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan; memakai pelitup muka, menjaga jarak fizikal di stesen dan di dalam tren, mengimbas kod QR MySejahtera dan menggunakan cecair pembasmi kuman yang telah disediakan.

Kekerapan bas kendalian Rapid Bus pada Waktu Puncak (6 pagi hingga 10 pagi dan 4 petang sehingga 8 malam) dan Bukan Waktu Puncak akan dikekalkan seperti kekerapan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang lalu. Di mana pada waktu bukan puncak kekerapan dikurangkan sehingga 50%. Rapid Bus akan mengimbangi operasi dengan arahan pihak berkuasa dan sekatan jalan raya.

“Jangan lupa juga untuk sentiasa membawa surat kebenaran merentas daerah atau negeri rasmi, seperti yang telah diarahkan oleh pihak berkuasa, sebelum anda menggunakan perkhidmatan Rapid KL,” menurut kata wakil Rapid Rail.

Bagi memudahkan merancang perjalanan setiap hari, pengguna perkhidmatan Rapid KL disarankan agar memuat turun aplikasi ‘PULSE’ di Google Play Store atau Apple Play store.

Language:

Search
Rate Our Services

Bus, Rail or Station Performance (Rapid KL, Rapid Penang, Rapid Kuantan)

Rate Our Retail Offerings

Our Retailers, Business Partner and Mobile App