Search
Close this search box.

_

TAMBANG PERCUMA PADA HARI MENGUNDI

KUALA LUMPUR, 18 November 2022 Sempena Pilihan Raya Umum ke-15, Prasarana Malaysia Berhad (“Prasarana”), selaku pengendali perkhidmatan rel dan bas utama negara, akan memberi tambang percuma sepanjang hari pada Sabtu, 19 November 2022 bagi kesemua perkhidmatan di bawah kendaliannya.

Tambang percuma ini meliputi perkhidmatan Rapid KL, Rapid Penang dan Rapid Kuantan yang merangkumi LRT, MRT, Monorel, BRT atau bas henti-henti. Ini adalah langkah Prasarana sebagai sebuah syarikat Malaysia memudahkan rakyat Malaysia keluar mengundi demi menjalankan tanggungjawab dan hak sebagai rakyat.

Pada hari tersebut, pengguna My50 boleh menggunakan pas seperti biasa. Pengguna kad Touch ‘n Go pula boleh meggunakan kad tanpa sebarang caj. Bagi pengguna token, pengguna perlu ke mana-mana Pejabat Khidmat Pelanggan di stesen LRT, MRT, Monorel dan BRT untuk mendapatkan token khas perjalanan sehala.

Bagi perkhidmatan Rapid Bus di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Kuantan (termasuk bas perantara MRT), pengguna tidak perlu menyentuh kad di mesin pengimbas apabila menaiki ataupun turun daripada bas.

Tambang percuma ini memudahkan rakyat Malaysia keluar mengundi dengan mudah, tenang dan selamat.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman-laman media sosial kami serta laman web https://myrapid.com.my. Para pengguna juga digalakkan untuk memuat turun aplikasi PULSE di Google Play dan App Store untuk maklumat terkini serta bagi merancang perjalanan.

Language:

Search