Search
Close this search box.

_

SUSPEK KES BALING BATU DI KAWASAN STESEN MONOREL IMBI BERJAYA DITAHAN

KUALA LUMPUR, 3 Ogos 2024 – Pasukan Polis Bantuan Prasarana bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah berjaya menahan seorang suspek yang disyaki terlibat dalam kes membaling batu pada pengguna jalan raya di kawasan Stesen Monorel Imbi.

Suspek yang berusia lingkungan 55 tahun telah ditahan pada jam 12.50 tengah hari ini oleh anggota Polis Bantuan Prasarana sewaktu mereka melakukan pemantauan di stesen berkenaan. Suspek yang disyaki mengalami gangguan mental itu telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Tangkapan ini dibuat susulan laporan oleh pengadu pada 2 Ogos 2024 yang mendakwa seorang lelaki telah membaling batu ke arah keretanya, ketika beliau sedang melalui jalan di bawah Stesen Imbi yang menyebabkan kerosakan pada cermin belakang.

Bagi menjaga keselamatan pengguna, Polis Bantuan Prasarana akan terus memantau stesen – stesen rel agar kejadian ini tidak berulang kembali.

Rapid Rail Sdn Bhd selaku pengendali kepada perkhidmatan Monorel KL juga menyeru kepada semua pengguna Rapid KL untuk membuat laporan kepada anggota Polis Bantuan yang bertugas di stesen sekiranya terlihat atau menjadi mangsa gangguan agar tindakan segera dapat diambil.

Language:

Search
Rate Our Services

Bus, Rail or Station Performance (Rapid KL, Rapid Penang, Rapid Kuantan)

Rate Our Retail Offerings

Our Retailers, Business Partner and Mobile App