Search
Close this search box.

_

SUSPEK CURI KABEL CEROBOH LANDASAN PUNCA MRT TERGENDALA

KUALA LUMPUR, 25 April 2019 – Rapid Rail Sdn Bhd pengendali kepada perkhidmatan MRT Laluan Sg Buloh – Kajang memohon maaf kepada pengguna yang terjejas pada petang semalam.

Bercakap kepada media dalam sesi taklimat di Depoh MRT Sg Buloh, Ketua Pegawai Operasi MRT, En Azmi Mohd Zain menegaskan bahawa gangguan semalam bukannya berpunca daripada kegagalan sistem sebaliknya berpunca daripada pencerobohan landasan.

“Pada jam 6.17 petang, kakitangan operasi telah terlihat kelibat seorang lelaki di atas trek MRT berdekatan Taman Connaught. Sebagai langkah keselamatan, bekalan kuasa terpaksa dinyahaktif bagi membolehkan kerja menjejaki penceroboh dilakukan.

Suspek berjaya meloloskan diri. Kabel tembaga dan alatan memotong kabel turut dijumpai di lokasi kejadian,”

Menurut Azmi, bas perantara percuma telah disediakan bagi mengangkut penumpang diantara Stesen Taman Mutiara dan Stesen Batu 11 Cheras.

Perkhidmatan pulih sepenuhnya pada jam 8.05 malam. Pengumuman menerusi media sosial dan siaraya stesen turut dilaksanakan bagi memaklumkan status terkini kepada pengguna.

Pengguna terjejas telah ditawarkan kupon perjalanan percuma yang diboleh dituntut di semua kaunter MRT Sungai Buloh – Kajang.

Ketua Pegawai Operasi MRT Sg Buloh Kajang, Azmi Mohd Zain (kanan) dan ACP (B) Koon Chow Yong memberi penerangan kepada media mengenai kabel yang telah dipotong oleh suspek.

Language:

Search