Search
Close this search box.

_

STESEN KLCC KEMBALI DIBUKA KEPADA PENUMPANG

  • Penumpang dibenarkan masuk ke stesen secara berperingkat
  • Perkhidmatan bas perantara percuma disediakan di antara Stesen Ampang Park, Stesen KLCC dan Stesen Dang Wangi

KUALA LUMPUR, 2 Januari 2025 – Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) ingin memaklumkan Stesen KLCC dibuka semula kepada penumpang dan kembali beroperasi pada jam 5.52 petang.

Penumpang telah dibenarkan masuk secara berperingkat dan pergerakan penumpang ke platform dikawal petugas stesen. Ini adalah untuk mengelakkan kesesakan di dalam kawasan stesen dan platform.

Dalam insiden yang berlaku pada jam 3.51 petang tadi, kebakaran kecil telah berlaku dan menyebabkan kerosakan pada panel kawalan penghawa dingin stesen yang terletak di dalam bilik loji penghawa dingin.

Petugas stesen yang berada di lokasi telah berjaya mengawal dan memadamkan kebakaran kecil tersebut. Pasukan bomba telah tiba di lokasi kejadian pada jam 4.24 petang bagi menjalankan siasatan mengenai punca kebakaran serta memastikan status kawasan stesen berada dalam keadaan selamat untuk penumpang masuk ke stesen.

Bagi melancarkan pergerakan penumpang, perkhidmatan bas perantara percuma masih disediakan ke stesen-stesen berikut:
• Stesen Dang Wangi (hentian bas di hadapan Decathlon KL City Centre)
• Stesen Ampang Park (hentian bas di hadapan Avenue K)

Sebagai pilihan alternatif, penumpang juga boleh menaiki tren dari stesen seperti berikut bagi meneruskan perjalanan:
• Laluan Kelana Jaya dari Stesen Ampang Park dan Kampung Baru
• Laluan Putrajaya dari Stesen Ampang Park dan Persiaran KLCC
• Laluan Monorel KL dari Stesen Bukit Nanas

Rapid Rail memohon maaf kepada semua penumpang yang terkesan sepanjang tempoh insiden tadi, dan akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca insiden tersebut.

Language:

Search
Rate Our Services

Bus, Rail or Station Performance (Rapid KL, Rapid Penang, Rapid Kuantan)

Rate Our Retail Offerings

Our Retailers, Business Partner and Mobile App