Search
Close this search box.

_

 STESEN KLCC DITUTUP SEMENTARA WAKTU

  •  Penumpang disarankan untuk ke Stesen Persiaran KLCC dan Stesen Ampang Park untuk meneruskan perjalanan 
  • Perkhidmatan bas perantara percuma disediakan di antara Stesen Ampang Park, Stesen KLCC dan Stesen Dang Wangi 

KUALA LUMPUR, 2 Januari 2025 – Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) ingin memaklumkan bahawa Stesen KLCC ditutup buat sementara waktu, dan penumpang hanya dibenarkan untuk keluar daripada stesen ini. 

Ini ekoran daripada laporan awal terdapat kepulan asap dikesan di bahagian bilik peralatan elektronik yang terletak di dalam stesen. 

Penumpang disarankan untuk ke Stesen Persiaran KLCC dan Stesen Ampang Park untuk meneruskan perjalanan mereka. 

Perkhidmatan bas perantara percuma turut disediakan di antara Stesen Ampang Park, Stesen KLCC dan Stesen Dang Wangi. 

Pihak bomba sedang berada di lokasi kejadian. Pengguna disarankan untuk bertenang dan patuhi segala arahan petugas operasi stesen. 

Sila rujuk pada media sosial Rapid KL dan aplikasi PULSE untuk maklumat terkini. 

Language:

Search
Rate Our Services

Bus, Rail or Station Performance (Rapid KL, Rapid Penang, Rapid Kuantan)

Rate Our Retail Offerings

Our Retailers, Business Partner and Mobile App