Search
Close this search box.

_

SOLAT HAJAT DEMI KESEJAHTERAAN PRASARANA

KUALA LUMPUR, 8 Februari – Mengambil berkat hari Khamis, 22 Jamadilawal 1439H, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) hari ini mengadakan solat hajat bagi mendoakan kejayaan berterusan untuk Syarikat berkenaan di samping kesejahteraan dan keselamatan seluruh warga kerjanya.

Diadakan sejurus selepas solat Zohor berjemaah dan didahului dengan sesi tazkirah oleh ustaz-ustaz jemputan, solat berkenaan diadakan serentak di ibupejabat korporat Prasarana di Menara UOA Bangsar di sini, di Kompleks Rapid Rail di Subang, Depoh LRT Ampang di Ampang; dan di Wisma Monorail, Brickfields.

Dianjurkan atas cadangan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana yang baru, Puan Masnizam Hisham, solat hajat dan solat Zohor berjemaah turut diadakan Kompleks Rapid Bus Cheras Selatan di Balakong dan di depot Rapid Penang di Lorong Kulit, Georgetown serta Depoh Rapid Kuantan di Semambu, Kuantan.

Sesi tazkirah adalah bertemakan kepada tajuk ‘Amanah, Tanggungjawab Majikan dan Pekerja’, yang rata-rata memberi fokus kepada nilai-nilai yang perlu didokong oleh seluruh warga kerja Kumpulan Prasarana dalam menunaikan tugas harian mereka.

Intipati daripada tazkirah-tazkirah berkenaan adalah dalam melaksanakan tugas-tugas harian ini, ianya perlu dijadikan sebagai satu ibadat, yang sekali gus perlu dilaksanakan dengan penuh bertanggungjawab, ikhlas dan berintegriti.

Masnizam dilantik sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana pada 18 Januari lepas; menggantikan Dato’ Sri Azmi Abdul Aziz.

Puan Masnizam Hisham (tudung hitam) khusyuk mendengar tazkirah oleh Ustaz Shahrizan Daud Al Turabi di ibu pejabat korporat Kumpulan Prasarana di Bangsar.

Language:

Search