Search
Close this search box.

_

SIASATAN KEATAS PUNCA KEROSAKAN YANG MENYEBABKAN GANGGUAN PERKHIDMATAN LRT LALUAN AMPANG MASIH LAGI DIJALANKAN

Kami merujuk kepada laporan berita yang disiarkan oleh sebuah portal berbahasa Inggeris pada 9 Februari 2023 berkaitan punca gangguan perkhidmatan LRT Laluan Ampang. 

Kami ingin menegaskan bahawa pihak kami tidak membuat sebarang kesimpulan berkenaan punca kerosakan dan siasatan masih lagi dijalankan. 

Seperti yang telah diumumkan sebelum ini, siasatan yang menyeluruh ke atas kerosakan struktur viaduct dan pier yang retak berhampiran stesen LRT Bandaraya, yang telah menyebabkan gangguan perkhidmatan diantara Masjid Jamek dan Bandaraya, telah bermula pada 2 Februari 2023 bagi mengenalpasti punca kerosakan. Ini akan menentukan pelan tindakan rektifikasi dan pemulihan yang akan diambil. Siasatan ini dijangka akan selesai pada 16 Februari 2023. 

Seperti yang telah dimaklumkan juga, sebuah jawatankuasa khas telah dibentuk bagi memantau siasatan ini. Jawatankuasa tersebut terdiri daripada Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Jabatan Kerja Raya (JKR), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (DOSH) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). 

Hasil siasatan tersebut akan dibentangkan kepada Kementerian Pengangkutan dan juga kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD). 

Kami sekali lagi berharap agar tiada pihak yang membuat sebarang spekulasi berkenaan punca kerosakan dan menunggu keputusan hasil siasatan. 

Perlu ditekankan bahawa keselamatan para penumpang dan kestabilan operasi adalah menjadi keutamaan. 

Sekian, terima kasih. 

Language:

Search
Rate Our Services

Bus, Rail or Station Performance (Rapid KL, Rapid Penang, Rapid Kuantan)

Rate Our Retail Offerings

Our Retailers, Business Partner and Mobile App