KUALA LUMPUR, 4 Januari 2022 – Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) selaku pemilik aset dan pengendali perkhidmatan rel dan bas Rapid KL ingin memaklumkan bahawa kesemua enam puluh lapan (68) laluan bas Rapid KL yang dihentikan operasinya sebelum ini akibat banjir pada 18 Disember 2021 yang lalu, telah kembali beroperasi seperti biasa. Operasi perkhidmatan rel Rapid KL di sekitar Lembah Klang juga kembali normal.
Walau bagaimanapun, operasi laluan-laluan bas Rapid KL masih tertakluk kepada keadaan cuaca semasa.
Para penumpang boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai operasi perkhidmatan bas Rapid KL di laman media sosial Rapid KL. Kami akan mengemas kini maklumat terbaharu bagi memudahkan para penumpang merancang perjalanan anda.