_

SEBUAH PANEL DINDING DI STESEN MASJID JAMEK RUNTUH, PERKHIDMATAN LRT BEROPERASI SEPERTI BIASA

KUALA LUMPUR, 12 MAC 2025 – Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali kepada perkhidmatan LRT ingin mengesahkan terdapat sebuah panel dinding di Stesen Masjid Jamek telah runtuh ketika hujan ribut sedang melanda pada jam 4.04 petang tadi.

Walau bagaimanapun, insiden tersebut tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dan kerosakan besar pada struktur binaan stesen.

Perkhidmatan tren dan operasi stesen berjalan seperti biasa dan semua penumpang boleh meneruskan perjalanan untuk ke destinasi yang ditujui.

Kerja-kerja pembersihan dan baik pulih sedang giat dijalankan oleh pasukan fasiliti Rapid Rail.

Satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan bagi menyiasat punca kejadian tersebut secara terperinci untuk memastikan struktur binaan Stesen Masjid Jamek selamat.

Anggota Polis Bantuan tambahan telah ditempatkan di stesen bagi melancarkan pergerakan penumpang.

Rapid Rail memohon maaf di atas segala kesulitan yang dihadapi penumpang ketika ini.

Sebarang perkembangan terkini akan dikemaskini menerusi laman media sosial Rapid KL.

Rate Our Services

Bus, Rail or Station Performance (Rapid KL, Rapid Penang, Rapid Kuantan)

Rate Our Retail Offerings

Our Retailers, Business Partner and Mobile App

Language:

Search