Search
Close this search box.

_

SARANAN UNTUK SARINGAN KESIHATAN BUAT PENUMPANG LRT DAN BAS

KUALA LUMPUR, 5 Jun – Rapid KL menyarankan para penumpang yang menggunakan perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya pada waktu puncak pagi dan petang 1 Jun; dan waktu puncak petang 3 Jun lepas untuk mendapatkan ujian saringan kesihatan ekoran pengakuan seorang penumpang bahawa beliau disahkan positif Covid-19.

Penumpang berkenaan, Nur Anis, yang disahkan positif pada lewat petang 3 Jun lepas, dalam mesej beliau kepada Unit Perkhidmatan Pelanggan Rapid KL, telah memaklumkan perkara berkenaan dengan memberikan butiran berikut tentang perjalanan beliau pada kedua-dua hari berkenaan.

Dalam mesej beliau, Nur Anis, yang menyertakan paparan skrin MySejahtera untuk pengesahkan perjalanan beliau, turut memohon maaf atas segala kesulitan yang berbangkit.

Dalam kenyataannya, Rapid KL turut mengingatkan bahawa mereka yang sudah menjalani ujian saringan atau calit diingatkan supaya mengasingkan diri daripada orang lain sehingga mendapat keputusan mengesahkan anda negatif.

Language:

Search