Search
Close this search box.

_

Rail Featured image for push notification

SARANAN JALANI PEMERIKSAAN KESIHATAN DARIPADA RAPID KL

KUALA LUMPUR, 1 Jun – Rapid KL menyarankan para penumpang yang menggunakan perkhidmatan MRT Laluan Kajang pada waktu puncak petang pada 27 Mei lepas dari Stesen MRT Bukit Bintang pada pukul 6.40 petang ke Stesen MRT Kajang untuk menjalani ujian saringan kesihatan kerana salah seorang daripada mereka mengaku positif Covid-19.

Memohon maaf atas segala kesulitan yang berbangkit, Hanim Azman memuatnaik dalam akaun twitter beliau memberitahu beliau menaiki tren MRT pada masa itu sebelum menyambung perjalanan ke Seremban menggunakan KTM Komuter pada 7.26 malam.

“Anyone who was in the MRT from station Bukit Bintang to Kajang 27th May (6.40pm) and KTM from Kajang to Seremban (7.26pm) if you have any symptoms of Covid19 – pls get a swab test immediately because my swab test result positive. Im so sorry,” tulis beliau dalam ‘posting berkenaan.

Language:

Search