Search
Close this search box.

_

RAPID RAIL MOHON MAAF DI ATAS GANGGUAN PERKHIDMATAN DI LRT LALUAN KELANA JAYA

KUALA LUMPUR, 30 Mei – Rapid Rail Sdn Bhd selaku pengendali perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya ingin memohon maaf di atas kesulitan yang dihadapi oleh pengguna pada 12.09 tengah hari semalam (29 Mei 2019).

Gangguan perkhidmatan tersebut adalah berpunca daripada kabel pengasingan kuasa daya penarik (“traction power”) yang telah terbakar. Kabel ini terletak di antara stesen KLCC dan stesen Kampung Baru.
Oleh kerana kerosakan pada kabel ini, sumber kuasa di semua platform stesen bawah tanah yang menghala ke Putra Heights perlu di tutup untuk kerja-kerja pembaikan.

Sementara kerja-kerja pembaikan di jalankan oleh juruteknik Rapid Rail, pihak pusat kawalan operasi LRT Laluan Kelana Jaya telah mengaktifkan pelan “Alternate Service” di mana semua tren dari Putra Heights berpatah balik di Masjid Jamek, dansemua tren dari Gombak berpatah balik di Ampang Park.

Perkhidmatan tren “shuttle” di antara Ampang Park dan Masjid Jamek di sediakan untuk membawa para penumpang daripada arah Gombak dan juga Putra Heights.Gangguan teknikal tersebut berjaya diselesaikan dan perkhidmatan kembali normal pada jam 12.57 tengah hari. Para penumpang yang terjejas telah ditawarkan kupon bayaran balik yang diboleh dituntut di semua kaunter LRT Laluan Kelana Jaya.

Language:

Search