Search
Close this search box.

_

RAPID RAIL ERATKAN JALINAN KOLABORASI DENGAN KOMUNITI UNTUK MANTAP KESELAMATAN

SUNGAI BULOH, 24 Jan – Rapid Rail Sdn Bhd merancang untuk memantapkan jalinan dengan komuniti dan persatuan penduduk di sekitar jajaran MRT Sungai Buloh – Kajang (MRT SBK) sebagai inisiatif untuk mencegah kes pencerobohan dan membenteras kes kecurian kabel dan aset-aset di sepanjang laluan berkenaan.

Mengumumkan ini hari ini, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Haji Khairani Mohamed berkata Rapid Rail berharap untuk menggunakan model Rakan Cop yang digunakan oleh Polis Di Raja Malaysia (PDRM) bagi melaksanakan inisiatif berkenaan.


Bercakap dalam satu sidang media di sini hari ini, beliau turut mengumumkan bahawa MRT SBK akan meningkatkan kawalan tahap keselamatan di sepanjang jajaran khususnya di sepanjang laluan bertingkat.

Menurut Khairani, MRT SBK berhadapan dengan risiko kecurian kabel dan aset-aset lain di sepanjang laluan berkenaan; dan memerlukan sokongan dan maklumat daripada orang awam untuk membantu pasukan keselamatan Rapid Rail.

“Sejak MRT mula beroperasi pada tahun 2016, Rapid Rail telah mengalami kerugian lebih RM6 juta susulan kes kecurian kabel termasuklah ketika MRT dalam tempoh pembinaan. Tahun lepas sahaja terdapat sebanyak lapan kes dilaporkan berhubung kes kecurian kabel MRT, “ katanya dalam sidang media di depot MRT Sungai Buloh, hari ini.

Sidang media itu diadakan berikut kes seorang lelaki tempatan menceroboh trek MRT di laluan antara stesen Pusat Bandar Damansara dengan Phileo Damansara kerana disyaki cuba mencuri kabel di kawasan berkenaan.

Ia menyebabkan perkhidmatan MRT terhenti buat seketika dan tindakan pantas pasukan operasi dan polis bantuan MRT, suspek yang telah berjaya ditahan.

Language:

Search