Search
Close this search box.

_

RAPID PENANG MENAFIKAN TERLIBAT DALAM TAWARAN IKLAN PALSU

Orang awam diminta untuk berhati-hati dan tidak terpedaya

PULAU PINANG, 17 November – Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus), sebagai pengendali perkhidmatan bas Rapid Penang ingin menegaskan bahawa promosi yang disebarkan baru-baru ini melalui sebuah akaun Facebook milik Pengangkutan Awam Pulau Pinang yang mengiklankan pas perjalanan tanpa had Pas Mutiara dengan menawarkan harga RM14.00, selama 6 bulan untuk semua jenis mod pengangkutan adalah TIDAK SAH dan BUKAN inisiatif yang dikeluarkan oleh Rapid Penang. 

Kami ingin menegaskan bahawa sebarang promosi atau tawaran yang melibatkan produk dan perkhidmatan Rapid Penang hanya akan diumumkan melalui saluran rasmi seperti di bawah: 

SaluranButiran
Laman webwww.myrapid.com.my
Facebook@rapidpgfans 
Instagrammyrapidpg 
X@RapidPG 
Tik Tokmyrapidpg 

Rapid Bus juga ingin menegaskan bahawa tindakan pihak yang bertanggungjawab atas penyebaran maklumat palsu ini adalah salah di sisi undang-undang dan telah mencemarkan imej syarikat.

Muhammad Yazurin Sallij berkata, “Rapid Bus telah membuat laporan polis dan memohon orang awam berhati-hati dan tidak terpedaya dengan maklumat, iklan atau tawaran yang tidak rasmi. Sebarang maklumat atau promosi yang sah dan terkini boleh didapati melalui saluran rasmi kami sahaja”.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian khidmat pelanggan Rapid Penang di 04- 255 8000 (Isnin hingga Ahad: 5.30 pagi hingga 11.00 malam) atau melalui laman media sosial rasmi Rapid Penang atau emel ke rapidcare@prasarana.com.my

Language:

Search
Rate Our Services

Bus, Rail or Station Performance (Rapid KL, Rapid Penang, Rapid Kuantan)

Rate Our Retail Offerings

Our Retailers, Business Partner and Mobile App