Sorotan utama: • Pada malam Ambang Kemerdekaan: o Perkhidmatan bagi beberapa stesen LRT, MRT dan Monorel terpilih dilanjutkan sehingga jam 2.00 pagi o 22 laluan Rapid Bas terpilih akan dilanjutkan operasi sehingga jam 2.00 pagi o Jumlah orang ramai dijangka meningkat sekitar KLCC. Penumpang diminta menggunakan stesen-stesen alternatif berhampiran iaitu stesen LRT/MRT Ampang Park & stesen MRT Persiaran KLCC • Pada Hari Kebangsaan: o Semua perkhidmatan LRT, MRT dan Monorel akan memulakan operasi jam 4.00 pagi o 101 laluan Rapid Bas akan beroperasi seawal jam 4.00 pagi • Penumpang diminta guna kad Touch ‘n Go bagi mengelak kesesakan |
KUALA LUMPUR, 25 Ogos 2023 – Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan 2023, perkhidmatan Rapid KL yang merangkumi perkhidmatan rel dan bas akan dilanjutkan bagi memberi kemudahan kepada warga kota yang ingin turut serta meraikan malam ambang kemerdekaan pada 30 Ogos dan juga Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini.
Bagi memastikan kelancaran perjalanan, pihak Rapid KL ingin mengingatkan penumpang-penumpang agar menggunakan kad Touch ‘n Go dan memastikan baki kad adalah mencukupi.
Bagi tujuan keselamatan dan mengawal kesesakan yang dijangka meningkat pada malam ambang kemerdekaan dan juga pada Hari Kebangsaan, pihak Rapid KL akan memastikan jumlah pegawai dan juga anggota Polis Bantuan ditambah untuk membantu para penumpang.
Perkhidmatan Pada Malam Ambang Kemerdekaan – 30 Ogos 2023
Pada malam 30 Ogos, perkhidmatan bagi beberapa stesen LRT, MRT dan Monorel terpilih akan dilanjutkan sehingga jam 2.00 pagi. Jumlah dan kekerapan tren akan dinilai dan diselaras berdasarkan pemantauan dan keperluan oleh pihak operasi.
Jumlah orang ramai di malam ambang kemerdekaan dijangka meningkat, terutama sekali di kawasan sekitar KLCC. Justeru, para penumpang diminta menggunakan stesen-stesen alternatif yang berhampiran iaitu stesen LRT/MRT Ampang Park dan stesen MRT Persiaran KLCC untuk mengelak kesesakan.
Berikut adalah senarai stesen-stesen rel yang dilanjutkan perkhidmatan sehingga jam 2.00 pagi: –
- Stesen KLCC (Laluan Kelana Jaya)
- Stesen Ampang Park (Laluan Kelana Jaya & Laluan Putrajaya)
- Stesen Persiaran KLCC (Laluan Putrajaya)
- Stesen Pasar Seni (Laluan Kelana Jaya & Laluan Kajang)
- Stesen Bukit Bintang (Laluan Kajang & Monorel)
- Stesen Masjid Jamek (Laluan Kelana Jaya & Ampang/Sri Petaling)
Stesen-stesen sambungan akan turut dilanjutkan waktu operasi bagi membawa penumpang ke destinasi akhir.
Stesen-stesen rel yang lain akan menamatkan operasi mengikut jadual biasa, namun penumpang masih boleh keluar di mana-mana stesen destinasi bagi meneruskan perjalanan.
Bagi perkhidmatan bas Rapid KL, 22 laluan terpilih yang berikut juga akan dilanjutkan operasi sehingga jam 2.00 pagi: –
No | No. Laluan | Dari | Ke |
1 | 180 | Taman Dato’ Senu | Pasar Seni |
2 | 190 | Desa Sri Hartamas | Lin Ho Jalan Lekiu |
3 | 302 | Titiwangsa | KLCC |
4 | 254 | Ayer Panas | Titiwangsa melalui Chow Kit |
5 | 780 | Kota Damansara | Pasar Seni |
6 | 772 | Subang Suria Mah Sing | Pasar Seni |
7 | 821 | Pantai Hill Park | Pasar Seni |
8 | LRT10 | Stesen LRT Masjid Jamek | Stesen LRT Bandaraya |
9 | 400 | Damai Perdana | Hab Lebuh Pudu melalui Bukit Bintang |
10 | 580 | Desa Petaling | Hab Lebuh Pudu melalui LRT Salak Selatan |
11 | 650 | Taman Desa | Pasar Seni |
12 | 640 | Hab Sri Manja | Pasar Seni |
13 | 600 | Puchong Utama | Pasar Seni |
14 | 300 | Pandan Indah | Lebuh Ampang |
15 | 303 | Taman Mulia Jaya | Lebuh Ampang |
16 | 402 | Terminal Maluri | Titiwangsa |
17 | 420 | Pandan Indah | Menara Maybank melalui Bukit Bintang |
18 | 421 | Hentian Taman Dagang | Menara Maybank melalui Bukit Bintang |
19 | 782 | Hentian PJ Old Town | Pasar Seni |
20 | 750 | Hab Seksyen 2 | Pasar Seni |
21 | 751 | Taman Sri Muda | Pasar Seni |
22 | 770 | Subang Mewah USJ 1 | Pasar Seni |
Laluan-laluan bas yang tidak tersenarai akan menamatkan pengoperasian seperti biasa.
Perkhidmatan Pada Hari Kebangsaan – 31 Ogos 2023
Bagi memberi kemudahan pengangkutan warga kota pada Hari Kebangsaan, semua perkhidmatan LRT, MRT dan Monorel akan memulakan operasi lebih awal pada jam 4.00 pagi.
Bagi perkhidmatan bas, sebanyak 101 laluan bas akan beroperasi seawal 4.00 pagi. Sila rujuk laman sesawang Rapid KL untuk senarai laluan bas yang terlibat.
Selain itu, sebanyak 50 buah bas perantara percuma dari stesen MRT Putrajaya Sentral juga disediakan dan akan melibatkan empat (4) laluan. Maklumat laluan-laluan tersebut adalah seperti berikut: –
No | No. Laluan | Dari | Ke | Masa |
1 | MS01 | MRT Putrajaya Sentral | Dataran Putrajaya | 4.00 pagi – 2.00 petang |
2 | MS02 | MRT Putrajaya Sentral | Nasyul Quran Presint 14 | 8.00 pagi – 7.00 malam |
3 | MS03 | MRT Putrajaya Sentral | Marina Putrajaya | 8.00 pagi – 7.00 malam |
Perkhidmatan bas Nadiputra laluan MS04 di bawah kendalian Rapid KL akan turut beroperasi dari jam 4.00 pagi sehingga 2.00 petang. Laluan ini akan bermula dari Lobi Putrajaya International Convention Centre (PICC) ke Jalan Tun Hussein, Presint 3.
Terdapat juga laluan bas 451 dari Stesen MRT Kajang ke Stesen Putrajaya Sentral. Perkhidmatan ini akan berlepas setiap jam dari Stesen MRT Kajang bermula 5.30 pagi sehingga 1.30 petang dan dari Putrajaya Sentral dari 6.30 pagi sehingga 2.30 petang. Tambang bas adalah RM1.00.
Bersempena sambutan Hari Kebangsaan, laluan 451 ini hanya akan melalui Hentian Kajang, Jalan Tun Hussein Presint 3 dan berakhir di MRT Putrajaya Sentral.