Search
Close this search box.

_

RAPID KL PERKENAL PEMBELIAN ATAS TALIAN MELALUI APLIKASI MYRAPID PULSE

 Promosi Hadiah Percuma Menanti 4,000 Pembeli Terawal! 

KUALA LUMPUR, 10 November 2023 – Berita baik untuk pengguna Rapid KL! Dalam usaha memberi kemudahan kepada para pengguna perkhidmatan pengangkutan awam di Lembah Klang, Rapid KL kini memberi pilihan kepada para pengguna untuk menikmati pengalaman pembelian yang mudah dan pantas secara atas talian bagi produk-produk Rapid KL melalui aplikasi MyRapid PULSE. 

Produk-produk Rapid KL yang boleh dibeli melalui aplikasi MyRapid PULSE: – 

1. Pas Perjalanan Tanpa Had My50: Pas ini menawarkan perjalanan tanpa had selama 30 hari di rangkaian Rapid KL, merangkumi LRT, MRT, Monorel, BRT, bas Rapid KL, dan perkhidmatan bas perantara MRT di Lembah Klang. 

2. Pas MyCity: Pas ini menawarkan perjalanan tanpa had selama 1 hari atau 3 hari di semua rangkaian Rapid KL, termasuk BRT, bas Rapid KL, dan perkhidmatan bas perantara MRT di Lembah Klang. 

 Semua pembelian pas atas talian perlu ditebus di Kaunter Khidmat Pelanggan dimana-mana stesen LRT/MRT/Monorel. Pengguna perlu menebus pas dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas pembelian. Inisiatif ini adalah diperingkat percubaan dan masih di dalam proses penambahbaikan. 

Khas bagi 4,000 pengguna terawal yang membuat pembelian pas melalui aplikasi MyRapid PULSE, anda boleh menebus botol air Rapid KL yang menarik secara percuma! Promosi ini adalah terhad kepada setiap satu transaksi atas talian.

 Hadiah tersebut hanya boleh dituntut di 11 stesen terpilih, dan perlu dituntut di lokasi yang sama apabila membuat penebusan pas perjalanan. Stesen-stesen tersebut adalah seperti berikut: – 

• Stesen Masjid Jamek• Stesen LRT Hang Tuah
• Stesen Plaza Rakyat• Stesen MRT Bukit Bintang
• Stesen Bandaraya• Stesen MRT Maluri
• Stesen Kwasa Damansara• Stesen Imbi
• Stesen LRT Pasar Seni• Stesen LRT KL Sentral
• Stesen KLCC

 Promosi ini telah bermula pada 1 November 2023 dan akan berakhir pada 30 November 2023. 

Sila muat turun aplikasi MyRapid PULSE melalui App Store, Play Store atau Galeri Aplikasi Huawei sekarang! Untuk maklumat lanjut dan terma & syarat, sila gunakan aplikasi MyRapid PULSE atau layari laman web rasmi www.myrapid.com.my. 

Language:

Search