Search
Close this search box.

_

RAPID KL PERKENAL 2 LALUAN BAS BAHARU BAGI MENAMPUNG KEPERLUAN LRT LALUAN KELANA JAYA

KUALA LUMPUR, 17 Jun 2022 – Bagi menampung keperluan penumpang LRT Laluan Kelana Jaya, pihak Rapid KL akan memperkenalkan 2 laluan bas perantara yang baharu bermula 17 Jun 2022 dari jam 4.30 petang hingga 7.30 malam bagi menghubungkan stesen-stesen berikut;

a. Stesen MRT Pasar Seni (Pintu B) dan Stesen LRT Universiti

b. Stesen LRT KLCC (Hentian bas KLCC) dan Stesen LRT Wangsa Maju

Perkhidmatan bas sokongan ini akan mengambil penumpang di stesen LRT/ MRT yang dinyatakan di atas dan tidak akan berhenti di stesen-stesen lain. Kekerapan bas adalah setiap 15 minit.

Pengenalan laluan bas ekspress ini membolehkan pengguna menikmati perjalanan pulang dengan masa menunggu singkat ketika waktu puncak petang. Operasi laluan bas ini adalah dari hari Isnin hingga Jumaat sahaja dengan tambang adalah percuma.

Language:

Search
Rate Our Services

Bus, Rail or Station Performance (Rapid KL, Rapid Penang, Rapid Kuantan)

Rate Our Retail Offerings

Our Retailers, Business Partner and Mobile App