- Bilangan Bas Perantara Percuma Turut Ditambah kepada 34 buah bas
- Rapid KL Tambah 100 Kakitangan Sokongan Di 3 Stesen LRT.
KUALA LUMPUR, 29 Jan 2023 – Lanjutan daripada gangguan perkhidmatan di antara dua stesen (LRT Bandaraya dan LRT Masjid Jamek) akibat penjajaran landasan yang bengkok (“kinked”) berhampiran stesen LRT Bandaraya, pihak operasi rel akan melanjutkan waktu puncak pagi dan petang bagi operasi LRT Laluan Ampang/Sri Petaling dan Laluan Monorel Kuala Lumpur bermula esok 30 Januari 2023.
Pemanjangan operasi waktu puncak ini adalah untuk memberi kemudahan dan keselesaan kepada pengguna, serta mereka dapat merancang perjalanan lebih awal bagi mengurangkan kesesakan di beberapa stesen rel khususnya di stesen pertukaran LRT Masjid Jamek dan Stesen LRT Hang Tuah.
Waktu puncak pagi akan dipanjangkan dari jam 6.30 pagi hingga 10.30 pagi berbanding jadual asal iaitu 7 pagi hingga 9.30 pagi. Manakala waktu puncak petang pula akan dipanjangkan dari jam 4.30 petang hingga 8.30 malam berbanding jadual asal iaitu 5 petang hingga 7.30 malam.
Berikut adalah operasi waktu puncak dan kekerapan tren berkuatkuasa 30 Januari 2023;
Bilangan bas perantara percuma juga akan ditambah bermula esok 30 Januari 2023 dengan kekerapan 10 minit bergantung kepada keadaan lalu lintas. Butiran perkhidmatan bas perantara percuma adalah seperti berikut;
Bagi melancarkan perjalanan dan pergerakan penumpang, Rapid KL akan menambah bilangan kakitangan sokongan berjumlah hampir 100 orang bagi mengawal dan membantu penumpang yang memerlukan bantuan di stesen-stesen rel.
Inisiatif ini adalah komitmen Rapid KL dalam memastikan mutu penyampaian perkhidmatan yang diberikan kepada pengguna adalah sentiasa dalam tahap yang terbaik.
Prasarana memohon maaf di atas kesulitan yang dialami oleh para penumpang dan amat menghargai sokongan dan kesabaran anda. Keselamatan para penumpang adalah menjadi keutamaan pihak kami.