- Perkhidmatan rel dilanjutkan sehingga 3.00 pagi pada 1 Januari 2025
- Laluan bas dan DRT terpilih akan beroperasi sehingga jam 3.30 pagi pada 1 Januari 2025 untuk memastikan kesalinghubungan yang lancar
KUALA LUMPUR, 28 Disember 2024 – Bersempena sambutan ambang tahun baharu 2025 yang bakal tiba pada hari Selasa, 31 Disember 2024, operasi perkhidmatan rel Rapid KL akan dilanjutkan sehingga jam 3.00 pagi dan beberapa laluan bas terpilih akan beroperasi sehingga jam 3.30 pagi pada 1 Januari 2025 bagi memenuhi keperluan warga kota yang ingin menghadiri acara sambutan di sekitar pusat bandar.
Lanjutan operasi ini melibatkan 18 stesen rel, 4 stesen Bus Rapid Transit (BRT) dan 20 laluan bas utama serta perantara Rapid KL. Berikut adalah stesen-stesen rel dan BRT yang terlibat:
Stesen-stesen selain di atas akan menamatkan operasi seperti biasa, walaubagaimanapun pengguna masih boleh keluar dari stesen berkenaan bagi meneruskan perjalanan.
Jadual kekerapan tren juga turut dipertingkatkan di semua laluan rel bermula jam 7.30 malam pada 31 Disember 2024 sehingga 3.00 pagi pada 1 Januari 2025 bagi memberikan kemudahan dan keselesaan kepada warga kota untuk mengunjungi lokasi-lokasi acara sambutan.
Sementara itu, waktu perkhidmatan bagi beberapa laluan bas terpilih dan Demand Responsive Transit (DRT) di bawah kendalian Rapid KL yang turut dilanjutkan hingga 3.30 pagi adalah:
Pengguna yang ingin menggunakan perkhidmatan DRT adalah dinasihatkan untuk membuat tempahan melalui aplikasi Kummute, Mobi atau Trek Rides terlebih dahulu sebelum menggunakan perkhidmatan ini.
Bagi memastikan kelancaran perjalanan para pengguna, seramai 2,731 petugas barisan hadapan Rapid KL terdiri daripada polis bantuan dan kakitangan operasi akan bertugas pada malam ambang tahun baharu ini.
Dengan lanjutan waktu operasi ini, ianya akan dapat membantu pengguna merancang waktu untuk pulang setelah selesai menghadiri acara sambutan selain dapat mengurangkan kesesakan di stesen-stesen yang berhampiran lokasi acara sambutan.
Pengguna disarankan untuk menggunakan kad Touch ‘n Go bagi kelancaran perjalanan dan memastikan baki kad anda adalah mencukupi sebelum memulakan perjalanan.
Rapid KL menggalakkan warga kota untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam pada hari sambutan ini bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas terutamanya di kawasan-kawasan yang berhampiran dengan acara sambutan ambang tahun baharu.