Search
Close this search box.

_

RAPID KL LANJUT WAKTU OPERASI STESEN LRT BUKIT JALIL SEMPENA FESTIVAL SPORTS CITY SAYANGI MALAYSIAKU

KUALA LUMPUR, 14 September – Rapid KL akan melanjutkan waktu operasi Stesen LRT Bukit Jalil pada 15 dan 16 September 2018 sempena Festival KL Sports City Sayangi Malaysiaku 2018 yang akan berlangsung di Padang Letak Kereta A dan B, KL Sports City Bukit Jalil.

Pelbagai aktiviti bakal disajikan kepada pengunjung antaranya, festival dan pameran jualan; persembahan kesenian; konsert oleh artis terkemuka tanah air.

Lanjutan waktu operasi ini bagi memberi peluang kepada warga kota yang ingin meraikan festival yang diadakan bersempena sambutan Hari Malaysia.

Pengunjung disaran menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam, bagi mengurangkan kesesakan jalan raya dan masalah parkir yang terhad di sekitar KL Sports City Bukit Jalil.

Stesen LRT Bukit Jalil akan dilanjutkan waktu perkhidmatan pada malam 15 dan 16 September 2018 sehingga jam 12.30 tengah malam bagi memberi peluang kepada pengunjung untuk menyaksikan pertunjukan bunga api.

Penumpang yang memasuki stesen LRT Bukit Jalil pada masa lanjutan operasi, masih boleh meneruskan perjalanan di stesen pertukaran berikut;

  • Stesen LRT Masjid Jamek (Pertukaran ke Stesen Masjid Jamek, Laluan Kelana Jaya)
  • Stesen LRT Plaza Rakyat (Pertukaran ke Stesen MRT Merdeka, 
  • Stesen LRT Maluri (Pertukaran ke Stesen MRT Maluri)

Stesen-stesen lain akan menamatkan operasi seperti biasa, walau bagaimanapun pengguna masih boleh keluar dari stesen ini. 

Stesen LRT Bukit Jalil yang terletak bersebelahan dengan KL Sports City Bukit Jalil dihubung dengan laluan pejalan kaki berbumbung. Pengguna tidak perlu gusar mengenai cuaca panas atau hujan kerana fasiliti yang disediakan dapat memberi keselesaan kepada pengunjung.

Sila guna kad nilai simpanan “TnG” bagi mengelakkan kesesakan ketika membeli token di mesin dan sekaligus melancarkan perjalanan anda.

Pengguna diminta patuhi peraturan ketika berada di stesen, sebagai contoh; tidak makan atau minum di dalam tren. Keselesaan anda adalah keutamaan kami. Rapid KL ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia.

Language:

Search
Rate Our Services

Bus, Rail or Station Performance (Rapid KL, Rapid Penang, Rapid Kuantan)

Rate Our Retail Offerings

Our Retailers, Business Partner and Mobile App