Search
Close this search box.

_

RAPID KL LANJUT WAKTU OPERASI REL DAN BAS TERPILIH SEMPENA AMBANG TAHUN BARU 2024 

Pengguna Disaran Guna Kad Touch N Go Bagi Kelancaran Perjalanan

 KUALA LUMPUR, 29 Disember 2023 – Bersempena sambutan ambang tahun baru 2024 yang bakal tiba pada hari Ahad 31 Disember 2023, perkhidmatan rangkaian rel dan bas Rapid KL akan dilanjutkan waktu operasinya bagi memenuhi keperluan warga kota yang menghadiri sambutan itu di sekitar pusat bandar. 

Lanjutan operasi ini melibatkan 12 stesen rel transit aliran ringan (LRT), transit aliran masa (MRT) dan Monorel KL; 3 Stesen Bus Rapid Transit (BRT) dan 21 laluan bas Rapid KL dan perantara MRT. 

Stesen-stesen LRT, MRT, Monorel dan BRT yang dilanjutkan waktu operasi sehingga jam 1.30 pagi adalah seperti berikut; 

Laluan Kelana Jaya: KLCC, Masjid Jamek

Laluan Ampang/Sri Petaling: Masjid Jamek, Bandaraya, IOI Puchong Jaya,Maluri

Laluan Monorel: Bukit Bintang

Laluan Kajang: Bukit Bintang, TRX, Cochrane, Maluri

MRT Laluan Putrajaya: TRX

BRT Laluan Sunway: Sunway Lagoon, SunMed, SunU-Monash

Stesen-stesen lain akan menamatkan operasi seperti biasa, bagaimanapun penumpang masih boleh keluar dari stesen berkenaan bagi meneruskan perjalanan. Semua stesen pertukaran rel turut dilanjutkan operasi bagi membolehkan penumpang meneruskan perjalanan ke destinasi akhir.

Sementara itu, beberapa laluan bas Rapid KL yang terpilih juga akan melanjutkan waktu perkhidmatan hingga 1.30 pagi adalah seperti berikut : 

NO. LALUAN DARI DESTINASI 
173 Taman Jasa Utama Lebuh Ampang 
190 Desa Sri Hartamas Lin Ho Jln Lekiu 
250 Stesen LRT Wangsa Maju Lebuh Ampang 
772 Subang Suria Mah Sing Hab Pasar Seni 
LRT10 LRT Masjid Jamek LRT Bandaraya 
400 Damai Perdana Hab Lebuh Pudu melalui  Bukit Bintang 
450 Hentian Kajang Hab Lebuh Pudu 
590 Bandar Sungai Long Hab Lebuh Pudu 
600 Puchong Utama Hab Pasar Seni 
10 640 Hab Bas Sri Manja Hab Pasar Seni 
11 300 Hab Pandan Indah Lebuh Ampang 
12 303 Taman Mulia Jaya Lebuh Ampang 
13 751 Taman Sri Muda Hab Pasar Seni 

Bagi perkhidmatan Bas Perantara MRT, laluan yang terlibat adalah : 

NO. LALUAN DARI DESTINASI 
T460 Stesen MRT Stadium Kajang Bandar Teknologi 
T803 Stesen MRT Kwasa Sentral Subang Suria 
T101 Stesen MRT Sungai Buloh Bukit Rahman Putra 
T102 Stesen MRT Sungai Buloh Aman Putri 
T103 Stesen MRT Damansara Damai Sutera Damansara 
T407 Stesen MRT Tun Razak Exchange Taman Maluri / Desa Pandan 
T504 Stesen MRT Cyberjaya Utara Cyber 11 
T509 Stesen MRT Putrajaya Sentral Presint 16 

Penumpang disaran menggunakan kad Touch n Go bagi menikmati perjalanan yang lebih lancar dan mengelakkan kesesakan ketika masuk dan keluar stesen atau ketika menaiki bas. Bagi pengguna token, anda digalakkan untuk membeli token pergi dan balik sebelum keluar dari stesen.

Rapid KL akan menambah bilangan anggota dan kakitangan operasi bagi menyokong keperluan operasi dan membantu melancarkan perjalanan anda. Bagi keselesaan pengguna, kekerapan tren bagi semua perkhidmatan LRT, MRT dan Monorel akan ditambah bermula jam 1.00 petang pada hari tersebut sehingga tamat waktu operasi.

Rapid KL menyarankan warga ibu kota untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam pada hari tersebut bagi mengelak daripada terperangkap di dalam kesesakan lalulintas terutamanya berdekatan kawasan-kawasan yang akan menganjurkan acara sempena tahun baru. 

Sebarang makluman lanjut orang ramai boleh mengikuti Twitter dan Facebook MyRapidKL atau melayari web: www.myrapid.com.my. 

Language:

Search