– Tiga (3) laluan di Kuala Lumpur dan satu (1) di Pulau Pinang
KUALA LUMPUR, 6 Februari 2025 – Bersempena sambutan perayaan Thaipusam pada 11 Februari 2025, Rapid Bus Sdn Bhd akan menyediakan perkhidmatan bas perantara percuma bagi kemudahan orang ramai yang ingin ke Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves di Kuala Lumpur dan ke Kuil Arulmigu Balathandayuthapani, Jalan Kebun Bunga di Pulau Pinang.
Sebanyak 42 buah bas disediakan bagi menyokong operasi 24 jam, merangkumi 30 bas di Kuala Lumpur (Rapid KL) dan 12 bas di Pulau Pinang (Rapid Penang). Inisiatif ini adalah sokongan dan dukungan daripada Rapid Bus bagi memudahkan orang ramai mengunjungi lokasi berkenaan dan menggalakkan pengunjung menggunakan pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakkan di kawasan sekitar.
Pihak operasi akan memantau keperluan penumpang dari semasa ke semasa dan bersedia untuk menambah bilangan bas sekiranya perlu bagi memastikan keselesaan penumpang terjamin.
Butiran perkhidmatan bas perantara percuma adalah seperti berikut:
Rapid Bus menyeru pengguna jalan raya agar tidak memakir kenderaan dan menghalang laluan bas serta mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Untuk itu, Rapid Bus akan bekerjasama dengan agensi penguatkuasa dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi memastikan kelancaran operasi perkhidmatan bas perantara percuma di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
Rapid Bus ingin mengucapkan Selamat Menyambut Thaipusam buat semua rakyat Malaysia yang menyambut perayaan ini. Sebarang maklumat lanjut berkenaan perkhidmatan ini, layari laman media sosial:
– Rapid KL: @myrapid (Facebook) dan @myrapidkl (Instagram)
– Rapid Penang: @rapidpgfans (Facebook) dan @myrapidpg (Instagram)