Search
Close this search box.

_

RAPID BUS PERKENAL PERKHIDMATAN PERCUBAAN KE STESEN-STESEN LRT DAN MRT 

Menggunakan Pengangkutan Awam Lebih Mudah Dengan Bas Perantara MRT Laluan T545 & T569 

KUALA LUMPUR, 23 September 2023 – Berita baik untuk penduduk di sekitar kawasan Puchong, Seri Kembangan dan Cheras! Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) akan memperkenalkan dua perkhidmatan percubaan bas perantara ke stesen-stesen LRT dan MRT. 

Perkhidmatan percubaan bas perantara MRT Laluan T545 (Stesen MRT Putra Permai – Stesen LRT Puchong Perdana) dan T569 (Stesen MRT Serdang Raya – Stesen MRT Batu 11) akan mula beroperasi selama tiga (3) bulan mulai 25 September 2023 sehingga 24 Disember 2023. 

Perkhidmatan-perkhidmatan tersebut akan beroperasi pada setiap hari dari 6:00 pagi sehingga 11:30 malam dengan kekerapan setiap 15 minit. 

Butiran hentian di kedua-dua laluan tersebut adalah seperti berikut: – 

 LALUAN HENTIAN 
Laluan T545  (Stesen MRT Putra Permai – Stesen LRT Puchong Perdana) Flat Puchong Indah, Vista Millennium, Lakeview Homes, Lakehaven Homes, Pangsapuri Seri Pelangi, Taman Puchong Utama 10 (Barat) dan Taman Puchong Utama 12 
Laluan T569  (Stesen MRT Serdang Raya – Stesen MRT Batu 11) Plaza Kasturi, Taman Taming Jaya, Komersial Taming Jaya, Taman Bukit Belimbing, South City Plaza, Taman Sg. Besi Indah (Selatan), Taman Bukit Belimbing dan Kg. Baru Balakong 

Maklumat penuh berkenaan hentian-hentian untuk laluan T545 dan T569 boleh didapati di platform media sosial dan laman web rasmi Rapid KL. 

Encik Ku Jamil Zakaria, Ketua Pegawai Operasi, Rapid Bus berkata, “Perkhidmatan-perkhidmatan percubaan ini adalah usaha Rapid Bus Sdn Bhd dalam menyediakan sistem rangkaian pengangkutan yang memudahkan penumpang untuk menyambung perjalanan mereka dari satu laluan rel ke laluan rel yang lain dengan menggunakan bas perantara MRT.” 

Tambang bagi kedua-dua perkhidmatan tersebut adalah RM1.00 untuk perjalanan sehala. Penumpang boleh membayar tambang menggunakan Pas Perjalanan Tanpa Had My50 atau MyCity, Kad Konsesi MyRapid, atau kad Touch n’ Go. 

Para pengguna boleh memuat turun aplikasi PULSE di Google Play dan App Store bagi merancang perjalanan, aplikasi Google Maps untuk mengetahui lokasi bas serta layari laman web rasmi Rapid KL di https://myrapid.com.my untuk maklumat terkini. 

Language:

Search