Search
Close this search box.

_

RAPID BUS PERKENAL PERKHIDMATAN DEMAND RESPONSIVE TRANSIT PERTAMA DI PULAU PINANG

Perkhidmatan percubaan untuk penduduk Farlim dan Air Itam bermula 1 Ogos 2024

PULAU PINANG, 31 Julai 2024 – Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus), pengendali perkhidmatan bas Rapid Penang, memperluaskan jaringannya dengan memperkenalkan perkhidmatan percubaan Demand Responsive Transit (DRT) Rapid Penang yang pertama di Pulau Pinang di Farlim dan Air Itam bermula 1 Ogos 2024 sehingga 31 Oktober 2024.

Perkhidmatan DRT ini akan melalui fasa pembuktian konsep (POC) melibatkan kerjasama dengan aplikasi tempahan perkhidmatan e-hailing Kumpool, untuk manfaat pengguna yang sebelum ini sukar mendapat akses kepada perkhidmatan bas kerana jalan yang sempit terutamanya di kawasan-kawasan perumahan.

“Kami sentiasa berusaha untuk menyediakan perkhidmatan yang relevan kepada para penumpang. Perkhidmatan DRT ini merupakan mod pengangkutan yang fleksibel mengikut permintaan penumpang. Ia menyediakan kesalinghubungan “first-last-mile” dengan perkhidmatan laluan bas sedia ada dengan purata kekerapan 10 minit untuk perjalanan penumpang yang lebih lancar ke Georgetown”, kata Muhammad Yazurin Sallij, Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus.

Perkhidmatan yang meliputi radius dua (2) kilometer ini juga menghubungkan penumpang ke beberapa tempat tumpuan seperti Pekan Air Itam, Kek Lok Si, Sunshine Central, Klinik Kesihatan Bandar Baru Air Itam dan Pekan Farlim.

Perkhidmatan DRT ini menawarkan jaminan tempat duduk yang boleh ditempah setiap hari dari jam 6.00 pagi sehingga 11.00 malam dengan tambang pengenalan RM1.00 untuk setiap perjalanan.

Penumpang boleh membayar tambang secara tunai atau menggunakan Pas Mutiara My50 serta Pas Perjalanan OKU Smile.

Language:

Search
Rate Our Services

Bus, Rail or Station Performance (Rapid KL, Rapid Penang, Rapid Kuantan)

Rate Our Retail Offerings

Our Retailers, Business Partner and Mobile App