Search
Close this search box.

_

RAPID BUS JELASKAN PERTINDIHAN MASA KETIBAAN BAS DI HENTIAN BAS KL SENTRAL

KUALA LUMPUR, 22 September 2022 – Sebuah video telah dimuatnaik seminggu lalu di aplikasi TikTok yang memaparkan operasi bas laluan 600 (Puchong Utama – Pasar Seni) dan laluan 640 (Taman Sri Sentosa – Pasar Seni) yang dikatakan tiba dan berlepas dari hentian bas KL Sentral secara serentak.

Rapid Bus telah menjalankan siasatan dan mendapati bahawa dari 12 sehingga 20 September 2022, terdapat situasi dimana bas dari laluan tersebut terkesan dengan kesesakan lalu lintas di sekitar Puchong dan Jalan Klang Lama. Akibat dari kesesakan tersebut, beberapa buah bas telah lewat tiba di hentian bas KL Sentral – Tun Sambanthan, dah telah berlaku pertindihan masa ketibaan (“bunching”) di hentian bas tersebut.

Untuk makluman, laluan bas 600 mempunyai 11 buah bas dengan kekerapan 10 minit (waktu puncak) dan 20 minit (luar waktu puncak). Laluan 640 pula mempunyai 11 buah bas dengan kekerapan 15 minit (waktu puncak) dan 30 minit (luar waktu puncak). Setiap bas yang keluar beroperasi mempunyai jadual perjalanan masing- masing. Bagi bas yang telah terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, Kapten Bas perlu mengatur semula perjalanan bagi hentian seterusnya.

Bagi menangani situasi ini, Rapid Bus akan berusaha untuk memperluaskan lagi percubaan lorong bas khusus seperti yang telah dijalankan bersama pihak berkuasa tempatan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Lorong bas khusus ini terbukti sangat membantu dalam mengurangkan bas terperangkap di dalam kesesakan lalulintas bagi laluan-laluan bas yang mempunyai permintaan tinggi. Apabila bas mempunyai lorong khusus, jadual perjalanan dan ketibaan akan lebih teratur. Pengguna juga digalakkan untuk merancang perjalanan menggunakan aplikasi PULSE.

Untuk makluman, laluan 300 tidak melalui hentian KL Sentral – Tun Sambanthan.

Rapid Bus ingin mengucapkan terima kasih kepada para penumpang atas kesabaran semasa menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam.

Language:

Search