Search
Close this search box.

_

PUSAT PENUKARAN KAD KONSESI MYRAPID DIBUKA DI STESEN LRT SUBANG JAYA DAN AWAN BESAR

KUALA LUMPUR, 22 Jun – Pemegang kad konsesi MyRapid yang terdiri daripada warga emas, orang kelainan upaya dan pelajar kini boleh menukar kad konsesi mereka di  stesen LRT Subang Jaya dan LRT Awan Besar selain pusat penukaran sedia ada di Hab  Bas Pasar Seni.

Waktu operasi bagi pusat-pusat penukaran kad konsesi MyRapid adalah seperti berikut;

Kami menggalakkan pemegang kad konsesi MyRapid untuk menukar kad mereka di  pusat penukaran yang baru dibuka ini. Inisiatif ini bagi mengurangkan kesesakan di Hab Bas Pasar Seni selain ruang menunggu yang lebih luas dan selesa di stesen LRT Subang Jaya dan LRT Awan Besar. 

Permohonan dan pembaharuan kad konsesi hanya boleh dibuat di kaunter Hab Bas Pasar Seni sahaja. Manakala pusat penukaran di LRT Subang Jaya dan LRT Awan Besar hanya melayani  proses penukaran kad konsesi. 

Nombor giliran akan dikeluarkan sehingga pukul 7malam. Sekiranya waktu menunggu berlarutan sehingga ke lewat petang, pelanggan akan diberi pilihan untuk memungut  kad konsesi mereka pada hari berikutnya. 

Pengguna hanya perlu mengikuti tiga langkah mudah untuk menukar kad konsesi, langkah pertama, dapatkan nombor giliran dan borang Akta Perlindungan Data  Peribadi (PDPA) TnG di kaunter Nombor Satu. 

Langkah kedua, mereka perlu menunggu nombor giliran dipanggil untuk sesi mengambil gambar di kaunter Nombor Dua, diikuti proses mencetak kad konsesi baharu. 

Langkah terakhir adalah untuk membawa kad konsesi yang lama dan baharu ke kaunter Nombor Tiga untuk proses pemindahan baki. 

Kami memohon maaf di atas kesulitan yang dialami oleh pengguna. Dapatkan maklumat terkini atau berhubung dengan Pegawai Perkhidmatan Pelanggan menerusi  platform Facebook myrapid; Twitter @MyRapidKL atau hubungi talian bantuan 03-7885 2585.

Language:

Search
Rate Our Services

Bus, Rail or Station Performance (Rapid KL, Rapid Penang, Rapid Kuantan)

Rate Our Retail Offerings

Our Retailers, Business Partner and Mobile App