Search
Close this search box.

_

PERUBAHAN SEMENTARA PERKHIDMATAN RAPID KL DISEBABKAN KUAT KUASA PKPD DI PLAZA PERHENTIAN KAJANG

Melibatkan laluan-laluan Rapid KL 450, Smart Selangor KJ01 dan KJ04 serta Perantara MRT T464

KUALA LUMPUR, 28 OKTOBER 2020 – Susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pada hari ini bagi Plaza Hentian Kajang, beberapa perkhidmatan bas di bawah kendalian Rapid KL akan terlibat iaitu Rapid KL laluan 450, Bas Smart Selangor bagi laluan KJ01 dan KJ04 serta laluan Bas Perantara MRT T464.

Bagi perkhidmatan Rapid KL laluan 450 dari Hab Lebuh Pudu, para penumpang adalah dinasihatkan bahawa laluan tersebut akan berakhir di Stesen MRT Kajang. Para penumpang boleh naik atau turun di stesen MRT Kajang dan meneruskan perjalanan mereka menggunakan perkhidmatan alternatif.

Manakala bagi perkhidmatan Smart Selangor laluan KJ01 ke Bandar Kajang dan KJ04 ke Presint 3, Putrajaya, bas-bas tersebut akan memulakan operasi dari Stesen MRT Stadium Kajang dan diteruskan melalui laluan asal. Bas-bas bagi laluan ini juga tidak akan memasuki Plaza Perhentian Kajang tetapi akan berhenti di luar kawasan hentian tersebut. Sebarang perubahan mengenai perkhidmatan  KJ01 dan KJ04 akan diumumkan oleh Majlis Perbandaran Kajang kelak.

Perkhidmatan Bas Perantara MRT laluan T464 dari Teras Jernang ke Stesen MRT Kajang tidak memasuki Plaza Perhentian Kajang. Bas akan berhenti di hentian terdekat di tepi jalan utama.

Sehubungan itu, Rapid KL ingin mengingatkan para penumpang untuk sentiasa mengamalkan tahap kebersihan diri yang terbaik, memakai pelitup hidung dan mulut serta mengamalkan kawalan kendiri. 

Di dalam memainkan peranan untuk mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 terhadap pelanggan dan kakitangan Rapid Bus juga, pelbagai langkah-langkah telah diambil menurut SOP seperti disinfeksi dalaman bas setelah tamat perkhidmatan, penjejakan kontak menggunakan Kod QR dan saringan kesihatan Kapten Bas sebelum memulakan tugas.

Language:

Search