Search
Close this search box.

_

PERUBAHAN OPERASI PERKHIDMATAN BRT LALUAN SUNWAY SEMPENA BRT RUN 2022

Subang Jaya, 21 Julai 2022 – Perkhidmatan BRT Laluan Sunway akan mengalami perubahan operasi pada 30 Julai 2022, bermula jam 9.00 malam hingga 12.00 tengah malam, bagi tujuan kerja-kerja persediaan penganjuran acara BRT Run 2022.

BRT Laluan Sunway akan beroperasi di atas jalan raya, dan para pengguna boleh mendapatkan perkhidmatan bas ini yang ditawarkan secara percuma ini di aras jalan raya di setiap Stesen BRT Laluan Sunway.

“Kami akan meletakkan informasi ini di setiap stesen BRT, supaya para pengguna mengambil maklum tentang perubahan operasi pada 30 Julai malam nanti, bagi memudahkan mereka merancang perjalanan lebih awal,” kata Ku Jamil Zakaria, Ketua Pegawai Operasi, Rapid Bus Sdn Bhd, selaku operator BRT Laluan Sunway.

Perkhidmatan BRT Laluan Sunway akan kembali seperti biasa pada 6.00 pagi, 31 Julai 2022.

Para penumpang juga dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai operasi semasa perkhidmatan bas Rapid KL di laman media sosial Rapid KL serta aplikasi PULSE.

Language:

Search