Search
Close this search box.

_

PERUBAHAN OPERASI BRT LALUAN SUNWAY SEMPENA ACARA LARIAN ‘SUNWAY RAPID KL GOOD RUN 2024’

SUBANG JAYA, 24 Julai 2024 – Bersempena dengan acara larian Sunway Rapid KL Good Run 2024, Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) selaku pengendali perkhidmatan bas Rapid KL di Lembah Klang ingin memaklumkan perkhidmatan BRT Laluan Sunway akan mengalami perubahan operasi pada 28 Julai 2024 (Ahad).

Bermula jam 6.00 pagi sehingga 11.00 pagi, perkhidmatan BRT akan beroperasi secara percuma di atas jalan raya, dengan kekerapan setiap 30 minit. Para pengguna boleh mendapatkan perkhidmatan ini dengan menunggu di bawah setiap stesen BRT Laluan Sunway kecuali di stesen-stesen berikut: –

Maklumat serta notis akan diletakkan di setiap stesen BRT bagi memaklumkan kepada pengguna tentang perubahan operasi serta memudahkan pengguna untuk merancang perjalanan dengan lebih awal.

Perkhidmatan BRT Laluan Sunway akan kembali beroperasi seperti biasa bermula jam 11.00 pagi, 28 Julai 2024. Para pengguna boleh mendapatkan maklumat terkini tentang perkhidmatan Rapid KL melalui aplikasi PULSE, laman web: https://myrapid.com.my atau media sosial Rapid KL.

Language:

Search
Rate Our Services

Bus, Rail or Station Performance (Rapid KL, Rapid Penang, Rapid Kuantan)

Rate Our Retail Offerings

Our Retailers, Business Partner and Mobile App