Search
Close this search box.

_

PERUBAHAN OPERASI BRT LALUAN SUNWAY SEMPENA ACARA BRT RUN 2023 

SUBANG JAYA, 21 November 2023 – Perkhidmatan BRT Laluan Sunway kendalian Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) akan mengalami perubahan operasi pada 25 November 2023 bermula jam 6.00 petang sehingga tamat waktu operasi. 

Perubahan ini adalah untuk memberi laluan kepada kerja-kerja persediaan penganjuran acara larian BRT Run 2023 di sepanjang trek laluan BRT Sunway yang akan bermula dari jam 8.00 malam sehingga 12.00 tengah malam. 

Dari jam 6.00 petang pada hari tersebut, perkhidmatan BRT Laluan Sunway akan beroperasi di atas jalan raya dengan kekerapan setiap 45 minit. Pengguna boleh mendapatkan perkhidmatan ini dengan menunggu di bawah setiap stesen BRT Laluan Sunway kecuali di stesen-stesen berikut: – 

 STESEN BRT LOKASI ALTERNATIF NAIK / TURUN 
USJ 7 Hentian Bas SJ692 LRT USJ 7 (Di hadapan KK Mart) 
South Quay Hentian Bas SJ67 Mydin USJ 
Mentari Hentian Bas PJ179 Sunway Mentari (Barat) 
Sunway Setia Jaya Hentian Bas Setia Jaya  (Bertentangan Stesen KTM Setia Jaya) 

Maklumat serta notis akan diletakkan di setiap stesen BRT bagi memaklumkan kepada pengguna tentang perubahan operasi serta memudahkan pengguna untuk merancang perjalanan dengan lebih awal. 

Perkhidmatan BRT Laluan Sunway akan kembali beroperasi seperti biasa pada jam 6.00 pagi, 26 November 2023. 

Para pengguna boleh memuat turun aplikasi PULSE di Google Play dan App Store bagi merancang perjalanan selain aplikasi Google Maps untuk mengetahui lokasi bas, serta melayari laman web rasmi Rapid KL di https://myrapid.com.my untuk maklumat terkini. 

Language:

Search