_

PERLAWANAN PIALA CABARAN MAYBANK 2025 DI ANTARA MANCHESTER UNITED DAN ASEAN ALL STARS: WAKTU OPERASI STESEN BUKIT JALIL DILANJUTKAN HINGGA 12.30 TENGAH MALAM

Penyokong disarankan untuk menggunakan kad Touch ‘n Go untuk perjalanan yang lebih mudah dan lancar

KUALA LUMPUR, 27 Mei 2025 – Sempena perlawanan Piala Cabaran Maybank 2025 di antara Manchester United dan ASEAN All Stars yang bakal berlangsung pada Rabu (28 Mei 2025) di Stadium Nasional Bukit Jalil, Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) akan melanjutkan waktu operasi Stesen Bukit Jalil sehingga jam 12.30 tengah malam (29 Mei 2025).

Bagi melancarkan perjalanan penyokong, waktu operasi stesen-stesen pertukaran juga akan turut dilanjutkan. Stesen-stesen lain akan ditutup seperti biasa, namun penumpang masih dibenarkan keluar di semua stesen untuk meneruskan perjalanan pulang.

Para penyokong disarankan untuk menggunakan kad Touch ‘n Go (TnG) dan memastikan baki kad mereka mencukupi sebelum memulakan perjalanan. Sebagai alternatif penyokong juga boleh mendapatkan Pas MyCity di semua kaunter khidmat pelanggan Rapid KL.

Rapid Rail juga akan menempatkan kakitangan tambahan di lokasi-lokasi strategik bagi membantu pergerakan penyokong dan memastikan aliran trafik di dalam stesen berjalan lancar. Penyokong yang memerlukan bantuan digalakkan untuk mendapatkan pertolongan daripada petugas stesen.

Penyokong digalakkan untuk mengikuti media sosial Rapid KL dan memuat turun aplikasi PULSE Rapid KL bagi merancang perjalanan dengan lebih mudah.

Rate Our Services

Bus, Rail or Station Performance (Rapid KL, Rapid Penang, Rapid Kuantan)

Rate Our Retail Offerings

Our Retailers, Business Partner and Mobile App

Language:

Search