Search
Close this search box.

_

PERKHIDMATAN PERCUBAAN VAN PERANTARA LRT LALUAN T252

KUALA LUMPUR, 15 November – Rapid Bus Sdn Bhd, anak syarikat Prasarana Malaysia Berhad dan pengendali operasi perkhidmatan bas Rapid KL, bas perantara LRT dan MRT, akan memulakan perkhidmatan percubaan van perantara LRT bagi laluan T252 dari PPR Sungai Bonus ke LRT Wangsa Maju (melalui PPR Desa Rejang).


Percubaan ini akan dilaksanakan selama 4 bulan mulai esok, iaitu dari 16 November 2020 sehingga 16 Mac 2021 menggunakan 3 buah van berwarna merah jambu dan berkapasiti 10 orang penumpang.

Perkhidmatan ini disediakan dari jam 6.00 pagi sehingga 12.00 tengah malam dengan kadar tambang RM1 melalui kaedah pembayaran pas tanpa had My30, Touch ‘N Go dan Kad Konsesi sahaja.

“Laluan T252 ini merupakan laluan baru yang sebelum ini tidak dapat dilalui oleh bas Rapid KL kerana adanya jalan-jalan yang terlalu sempit bagi kenderaan yang lebar.

Kami berharap penduduk di sekitar laluan baru ini dapat mencuba perkhidmatan ini serta memberikan maklum balas kepada kami mengenai T252 ini.

Segala maklumat dan maklum balas yang dikumpulkan akan dianalisis bagi tujuan pertimbangan Prasarana sama ada akan meneruskan atau mengembangkan perkhidmatan van perantara ini pada masa hadapan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif, Rapid Bus, En. Muhammad Yazurin Sallij.

Bagi mengetahui lokasi semasa van, pelanggan digalakkan menggunakan aplikasi Google Maps atau Moovit atau melayari portal MyRapid Bus Kiosk di https://myrapidbus.prasarana.com.my/kiosk .

Bagi maklumat lanjut orang ramai boleh menghubungi talian Rapid KL Helpline at 03- 7885 2585 (Isnin hingga Jumaat: 7 pagi hingga 8.30 malam Sabtu, Ahad & Cuti Umum: 8.30 pagi – 5.30 petang) atau melalui laman media sosial Rapid KL atau emel ke suggest@rapidkl.com.my. 

Language:

Search