Search
Close this search box.

_

PERKHIDMATAN MRT LALUAN KAJANG KEMBALI PULIH BERMULA JAM 10.08 MALAM

KUALA LUMPUR, 11 Disember 2024 – Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) ingin memaklumkan bahawa operasi perkhidmatan rel Laluan Kajang mengalami kelewatan disebabkan gangguan teknikal pada suis landasan berhampiran Stesen Bandar Utama yang dilaporkan berlaku pada jam 8.06 malam.

Pasukan kejuruteraan Rapid Rail telah berada di lokasi kejadian dan kerja-kerja baik pulih sementara sistem komponen landasan telah selesai dijalankan.

Perkhidmatan telah kembali pulih pada jam 10.08 malam setelah pihak operasi menjalankan ujian terhadap sistem dan komponen landasan bagi memastikan perkhidmatan laluan ini boleh beroperasi semula mengikut piawaian keselamatan.

Walaubagaimanapun, tren yang melalui Stesen Bandar Utama dan Stesen Mutiara Damansara yang menghala ke Kwasa Damansara akan bergerak lebih perlahan dan berhenti lebih lama di stesen.

Pengumuman di stesen dan di dalam tren serta di rangkaian media sosial Rapid KL turut dibuat secara berkala. Pengguna disarankan untuk merujuk kepada pegawai stesen dan polis bantuan sekiranya memerlukan sebarang bantuan.

Pasukan kejuruteraan akan menjalankan kerja baik pulih menyeluruh selepas waktu operasi. Siasatan terperinci berikutan gangguan yang telah berlaku akan dijalankan bagi mengelakkan insiden seperti ini daripada berlaku di masa akan datang.

Rapid Rail ingin berterima kasih kepada pengguna di atas kesabaran sepanjang gangguan perkhidmatan ini.

Language:

Search
Rate Our Services

Bus, Rail or Station Performance (Rapid KL, Rapid Penang, Rapid Kuantan)

Rate Our Retail Offerings

Our Retailers, Business Partner and Mobile App