Search
Close this search box.

_

PERKHIDMATAN LRT STESEN BUKIT JALIL DILANJUTKAN SABTU INI

KUALA LUMPUR, 22 November – Bersempena perlawanan penting Malaysia menentang Myanmar dalam Piala Suzuki Persekutuan Bolasepak Asia (AFF) di Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu ini, perkhidmatan LRT Laluan Sri Petaling dilanjutkan dengan Stesen Bukit Jalil dibuka sehingga 1 pagi.

Para peminat bola sepak khususnya para penyokong pasukan Harimau Malaysia digalakkan menggunakan perkhidmatan tren Rapid KL, yang turut meliputi perkhidmatan LRT Laluan Ampang, LRT Laluan Kelana Jaya dan perkhidmatan MRT Laluan Sungai Buloh – Kajang.

“Atas permohonan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Rapid KL akan melanjutkan perkhidmatan LRT dan MRT dengan Stesen Bukit Jalil dibuka pada hari Sabtu ini sehingga pukul 1 pagi bagi menyediakan kemudahan pengangkutan awam kepada para peminat bola sepak yang bercadang untuk menyaksikan perlawanan AFF Piala Suzuki antara Malaysia dan Myanmar.

“Stesen-stesen lain ditutup seperti biasa; tetapi para penumpang boleh keluar daripada stesen-stesen berkenaan. Para penumpang boleh bertukar laluan di stesen-stesen integrasi sama ada di Stesen Maluri atau Stesen Plaza Rakyat/Merdeka untuk menggunakan perkhidmatan MRT; atau di Masjid Jamek untuk ke Laluan Kelana Jaya.

“Para penumpang juga boleh bertukar ke Laluan Kelana Jaya atau MRT di stesen integrasi Pasar Seni,” Rapid KL mengumumkan dalam satu kenyataan hari ini.

Kini menduduki tempat ketiga dalam Kumpulan A dengan enam mata, Malaysia akan layak ke peringkat separuh akhir Piala AFF Suzuki AFF dengan mengalahkan Myanmar, yang kini mendahului kumpulan berkenaan dengan mengumpulkan tujuh mata. Tempat kedua diduduki oleh Vietnam, yang turut mempunyai 7 mata dan bakal bertemu dengan Cambodia pada hari yang sama.

Untuk maklumat lanjut, sila ikuti hebahan di Facebook Rapid KL atau layari laman web www.myrapid.com.my

Language:

Search
Rate Our Services

Bus, Rail or Station Performance (Rapid KL, Rapid Penang, Rapid Kuantan)

Rate Our Retail Offerings

Our Retailers, Business Partner and Mobile App