Search
Close this search box.

_

PERKHIDMATAN LRT LALUAN KELANA JAYA KEMBALI PULIH BERMULA JAM 3.30 PETANG

KUALA LUMPUR, 15 Oktober 2024 – Rapid Rail Sdn Bhd ingin memaklumkan bahawa perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya di antara Stesen Wangsa Maju dan Stesen Gombak telah kembali pulih pada jam 3.30 petang.

Kerja-kerja baik pulih sementara sistem komponen landasan telah selesai dijalankan oleh pasukan kejuruteraan Rapid Rail. Pihak operasi telah menjalankan ujian terhadap sistem dan komponen landasan bagi memastikan perkhidmatan laluan ini boleh beroperasi semula mengikut piawaian keselamatan.

Walaubagaimanapun, pihak kejuruteraan dan operasi akan terus memantau kestabilan sistem bagi memastikan kelancaran operasi tren.

Rapid Rail ingin berterima kasih kepada penumpang di atas kesabaran sepanjang gangguan perkhidmatan ini. 

Language:

Search
Rate Our Services

Bus, Rail or Station Performance (Rapid KL, Rapid Penang, Rapid Kuantan)

Rate Our Retail Offerings

Our Retailers, Business Partner and Mobile App