Search
Close this search box.

_

PERKHIDMATAN LRT LALUAN AMPANG/SRI PETALING: KEMBALI PULIH SEPENUHNYA PADA JAM 8.10 MALAM SETELAH KERJA MENUNDA TREN DIPANAH PETIR SELESAI

PUCHONG, 20 Februari 2024 – Perkhidmatan LRT Laluan Ampang/Sri Petaling telah kembali pulih sepenuhnya pada jam 8.10 malam ini setelah mengalami kelewatan jadual perjalanan berpunca daripada sebuah tren bernombor 13 telah terkandas akibat dipanah petir.

Kejadian yang dilaporkan pada jam 5.08 petang, berlaku berhampiran Stesen IOI Puchong Jaya. Terdapat hampir 100 penumpang yang berada di dalam tren berkenaan. Semua penumpang telah selamat diturunkan di Stesen Kinrara BK5 dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Hasil siasatan awal mendapati komponen elektronik yang berfungsi untuk mengawal dan menggerakkan tren telah rosak akibat impak panahan petir tersebut. Insiden ini telah menyebabkan tren tidak dapat bergerak dan terpaksa ditunda dengan tren yang lain.

Gangguan ini telah menyebabkan tren-tren lain terpaksa dipandu secara perlahan dan berhenti lebih lama di platform. Pihak operasi telah mengaktifkan perkhidmatan rel alternatif dan petugas stesen telah ditempatkan di platform.

Pihak Rapid Rail memohon maaf di atas kelewatan dan kesulitan yang dialami oleh para penumpang dan kami amat menghargai sokongan dan kesabaran anda.

Language:

Search
Rate Our Services

Bus, Rail or Station Performance (Rapid KL, Rapid Penang, Rapid Kuantan)

Rate Our Retail Offerings

Our Retailers, Business Partner and Mobile App