KUALA LUMPUR, 27 Januari 2023 – Perkhidmatan LRT Laluan Ampang kini sedang mengalami kelewatan atas faktor keselamatan akibat penjajaran landasan yang bengkok (“kinked”) berhampiran stesen LRT Bandaraya.
Pemerhatian awal menunjukkan ini adalah disebabkan oleh kerosakan struktur jejambat di kawasan berkenaan, dipercayai akibat daripada kerja-kerja pembinaan bersebelahan dengan kawasan berkenaan.
Jurutera Rapid Rail sedang berada di kawasan terbabit bagi menilai keadaan bersama-sama dengan pakar struktur bagi memastikan keselamatan dan kekukuhan. Atas faktor keselamatan, pihak Rapid Rail membuat keputusan untuk menutup laluan diantara stesen Masjid Jamek dan stesen Bandaraya sehingga kekukuhan dan keselamatan dapat dipastikan.
Perkhidmatan LRT Ampang akan dijalankan dengan kelajuan yang berkurangan dan ini akan menyebabkan kelewatan perkhidmatan – 9 minit di dalam Daerah Pusat Perniagaan dan 18 minit di luar Daerah Pusat Perniagaan.
Tren-tren dari Putra Heights akan berpatah balik di Plaza Rakyat, tren-ren dari Sentul Timur akan berpatah balik di Stesen Bandaraya, manakala perkhidmatan ‘shuttle’ atau ulang-alik diantara stesen Plaza Rakyat dan Masjid Jamek.
Perkhidmatan bas alternatif telah diaktifkan bagi menampung penumpang-penumpang: –
- Stesen Bandaraya ke Plaza Rakyat
a) No Bas: WVH9594
b) No Bas: W7486Q - Stesen Plaza Rakyat ke Stesen Bandaraya
a) No Bas: WUX5708
b) No Bas: WVC3984 - Stesen Sentul Timur ke Stesen Bandaraya
a) No Bas: PJJ7149
b) No Bas:WUW1702 - Stesen Bandaraya ke Sentul Timur
a) No Bas: W3607T
Anggota Polis Bantuan juga telah dikerah ke stesen-stesen utama bagi mengawal kesesakan.
Pihak Rapid Rail memohon maaf diatas kelewatan ini dan kesulitan yang dialami oleh para penumpang.