_

PERKHIDMATAN LALUAN KELANA JAYA KEMBALI PULIH BERMULA JAM 8.27 MALAM

-Perkhidmatan tren alternatif telah ditamatkan

KUALA LUMPUR, 24 Mac 2025 – Rapid Rail Sdn Bhd ingin memaklumkan bahawa perkhidmatan Laluan Kelana Jaya telah kembali pulih sepenuhnya pada jam 8.27 malam dan perkhidmatan tren alternatif telah ditamatkan.

Kejadian yang dilaporkan berlaku pada jam 6.40 petang tadi disebabkan satu objek asing telah tersangkut pada landasan (Platform 2) di Stesen Abdullah Hukum menghala ke Putra Heights.

Pihak operasi terpaksa menghentikan bekalan kuasa di kawasan terbabit bagi membolehkan kerja-kerja pemeriksaan dan baik pulih dijalankan secepat mungkin.

Pada jam 8.07 malam, kerja–kerja baik pulih telah berjaya diselesaikan oleh pasukan kejuruteraan Rapid Rail. Pihak operasi turut menjalankan ujian di kawasan landasan yang terlibat bagi memastikan perkhidmatan laluan ini boleh beroperasi semula mengikut piawaian keselamatan.

Walaubagaimanapun, pihak kejuruteraan dan operasi akan terus melakukan pemantauan bagi memastikan kelancaran operasi tren. Siasatan menyeluruh sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca gangguan ini.

Rapid Rail ingin berterima kasih kepada penumpang di atas kesabaran sepanjang gangguan perkhidmatan ini. *

Rate Our Services

Bus, Rail or Station Performance (Rapid KL, Rapid Penang, Rapid Kuantan)

Rate Our Retail Offerings

Our Retailers, Business Partner and Mobile App

Language:

Search