Search
Close this search box.

_

PERKHIDMATAN KHAS RAPID KL UNTUK UPACARA PENUTUP SUKAN SEA

KUALA LUMPUR, 29 Ogos – Rapid KL – Penyedia Pengangkutan Awam Rasmi Sukan SEA ke 29 – akan menyediakan perkhidmatan khas rel dan bas bersempena dengan acara penutup temasya sukan berkenaan, yang berlangsung serentak dengan sambutan Ambang Merdeka esok (30 Ogos).

Sementara perkhidmatan LRT akan dilanjutkan sehingga 2 pagi, bas Rapid KL akan menyediakan perkhidmatan khas daripada lokasi-lokasi strategik untuk membawa para penumpang ke Stadium Nasional Bukit Jalil dan untuk perjalanan pulang selepas upacara penutup tamat.

Untuk lanjutan perkhidmatan LRT itu, stesen Bukit Jalil dan stesen Masjid Jamek akan dibuka sehingga 2 pagi sementara stesen LRT Bandaraya dan KLCC akan dibuka sehingga 1 pagi, Rapid KL mengumumkan dalam satu kenyataan media hari ini.

Perkhidmatan MRT pula akan membuka stesen Mutiara Damansara , Bukit Bintang dan Bandar Utama sehingga 1 pagi manakala Laluan Monorel KL akan membuka stesen Hang Tuah sehingga 1 pagi.

Mereka yang menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan ini boleh keluar di mana-mana stesen LRT, MRT, Monorel KL dan BRT Laluan Sunway walaupun stesen-stesennya sudah ditutup.

Untuk keselesaan, para penumpang disarankan menggunakan Kad MyRapid Touch „n Go (TnG) atau mana-mana kad TnG. Sekiranya menggunakan token, mereka dinasihatkan untuk turut membeli token untuk pulang sebelum keluar dari stesen sama ada untuk ke Bukit Jalil, KLCC atau Dataran Merdeka.

“Ini adalah untuk menggelakkan diri mereka daripada perlu beratur untuk membeli token semasa perjalanan pulang,” tambah kenyataan itu.

Untuk bas perkhidmatan khas yang akan bergerak secara ekspres ke Bukit Jalil, lokasi untuk mengambil bas ini adalah seperti berikut:

  • Jalan Reko, Terminal Kajang (RM3 sehala) 
  • Ampang Point (RM3 sehala) 
  • Hab Bas Greenwood, Gombak (RM5 sehala) 
  • Hab Bandar Shah Alam (RM5 sehala) 
  • Perhentian Bas KLCC (RM3 sehala) 
  • Platform C Pasar Seni (RM3 sehala) 
  • Perhentian Bas di hadapan Nu Sentral, KL Sentral (RM3 sehala)

Sementara perkhidmatan ke Stadium Nasional Bukit Jalil adalah antara 5 petang hingga 8 malam perkhidmatan balik dari kompleks sukan berkenaan adalah antara 10.30 malam hingga 2 pagi.

Kekerapan bas adalah antara 10 hingga 15 minit, bergantung pada keadaan lalu lintas.Rapid KL menasihati para peminat untuk menggunakan perkhidmatannya untuk keselesaan kerana kawasan parkir di Kompleks sukan berkenaan adalah ditutup.

Language:

Search
Rate Our Services

Bus, Rail or Station Performance (Rapid KL, Rapid Penang, Rapid Kuantan)

Rate Our Retail Offerings

Our Retailers, Business Partner and Mobile App