Search
Close this search box.

_

PERKHIDMATAN GO KL DIPERLUASKAN DENGAN LALUAN BIRU FIRUS

KUALA LUMPUR, 22 Oktober – Perkhidmatan bas Go KL terus diperluaskan lagi bagi meningkatkan kemudahan dan keselesaan warga kota dengan pelancaran Laluan Turqoise atau Laluan Biru Firus hari ini, yang menyediakan perkhidmatan pengangkutan percuma untuk para penduduk kawasan Dato’ Keramat dan Setiawangsa.

Dikendalikan oleh Rapid Bus untuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, laluan sepanjang 10km antara Stesen LRT Dato Keramat dan Flat Kelumpuk Bambu di Setiawangsa adalah laluan Go KL yang ketujuh, yang mana operasi dan penyelenggaraan bas untuk kesemua laluan dipertanggungjawabkan kepada Rapid Bus – sebuah anak syarikat Prasarana Malaysia Berhad.

Dilancarkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, YB Tuan Haji Khalid Abd. Samad di Hab LRT Dato’ Keramat di sini, perkhidmatan bas percuma Laluan Biru Firus memulakan operasi hari ini untuk memberi manfaat kepada para penduduk di Flat Perumahan Polis Sri Keramat, Apartmen Intan, Penempatan Kelumpuk Kemunting, Kelumpuk Pinang, Kelumpuk Bambu, Kelumpuk Penguin, Kelumpuk Enggang, Kelumpuk Teratai, Kelumpuk Jerijit, Kelumpuk Kenanga, , Kelumpuk Camar, Kelumpuk Cempeling, Menara Kenanga, Pangsapuri ATM dan Pangsapuri Mawar Seri.

Perkhidmatan bas berkenaan akan turut memberi kemudahan untuk mereka yang ingin ke Pasar Dato Keramat, Kompleks Membeli-belah GIANT, Setiawangsa Business Centre, Rosyam Noor ST, AEON AU2, Kompleks Sukan Dato Keramat, Stadium Mini Setiawangsa, Pusat Perniagaan Setiawangsa, Surau As-Syakirin, Masjid Mu’adz Bin Jabal, SK Taman Setiawangsa dan LRT Setiawangsa dan seterusnya menyambung perjalanan ke seluruh rangkaian LRT, MRT dan monorel Rapid KL di Kuala Lumpur dan Selangor.

Dengan kekerapan 15 minutes termasuk pada waktu bukan puncak, perkhidmatan bas percuma ini akan beroperasi antara 6 pagi dan 11 malam pada hari Isnin hingga Khamis; dan antara 7 pagi hingga 11 malam pada hari Sabtu dan Ahad serta hari-hari kelepasan am. Menyediakan empat unit bas untuk Laluan Biru Firus ini, masa perjalanan untuk satu pusingan atau ‘loop’ adalah kira-kira 60 minit, bergantung kepada keadaan trafik.

Pada majlis yang turut dihadiri oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Dato’ Nor Hisham Ahmad Dahlan dan Ketua Pegawai Operasi (Operasi) Kumpulan Prasarana, Encik Muhammad Nizam Alias serta Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus, Encik Muhammad Yazurin Sallij, YB Khalid turut melancarkan aplikasi mudah alih ‘GOKL’, yang akan membantu warga kota merancang perjalanan harian mereka dengan lebih teratur.

Aplikasi berkenaan, yang mesra pengguna dan mudah akses, menyediakan maklumat senarai laluan bas GOKL, jangkaan ketibaab masa, dan lokasi hentian bas. Aduan berkenaan bas, pemandu laluan dan apa jua yang berkaitan dengan perkhidmatan bas GoKL juga boleh diakses melalui aplikasi berkenaan.

Perkhidmatan bas percuma Go KL diperkenalkan pada 2012 sebagai inisiatif menggalakkan penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam dan mengurangkan kesesakan laluan lintas di pusat bandar. Enam laluan Go KL yang beroperasi sekarang adalah:
• Laluan Merah Jambu (Pink) – Hab LRT Universiti – PPR Seri Pantai
• Laluan Jingga (Orange) – Hab Titiwangsa – MINDEF
• Laluan Biru (Blue) – Hab Titiwangsa – Bukit Bintang
• Laluan Merah (Red) – Hab Titiwangsa – KL Sentral
• Laluan Hijau (Green) – KLCC – Bukit Bintang
• Laluan Ungu (Purple) – Pasar Seni – Bukit Bintang

Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan bas Go KL Laluan Biru Firus dan perkhidmatan bas Go KL serta Rapid KL lain, sila layari laman web www.myrapid.com.my atau hantar emel ke suggest@rapidkl.com.my; atau menelefon TALIAN HELPLINE di 03-78852585.

Language:

Search
Rate Our Services

Bus, Rail or Station Performance (Rapid KL, Rapid Penang, Rapid Kuantan)

Rate Our Retail Offerings

Our Retailers, Business Partner and Mobile App