Search
Close this search box.

_

PENUMPANG LRT DARI ARAH AMPANG DAN  PUTRA HEIGHTS BOLEH TERUS KE MASJID JAMEK BERMULA 1 FEBRUARI 2024 

• Penumpang tidak perlu turun di Stesen Hang Tuah bagi mendapatkan tren perantara untuk ke Masjid Jamek

• Rapid Rail akan melaksana operasi percubaan akhir perkhidmatan LRT di antara Stesen Masjid Jamek dan Stesen Bandaraya sebagai persediaan untuk pembukaan operasi penuh

•Bilangan tren akan ditambah dan kekerapan tren akan dipertingkatkan

 KUALA LUMPUR, 31 Januari 2024 – Berita baik bagi semua penumpang LRT Laluan Ampang/Sri Petaling. Bermula 1 sehingga 16 Februari 2024, operasi tren dari arah Ampang dan Putra Heights akan meneruskan perkhidmatan sehingga ke Stesen Masjid Jamek. 

Dengan perubahan ke atas pengoperasian ini, para penumpang tidak perlu lagi turun di Stesen Hang Tuah bagi tujuan mendapatkan tren perantara untuk ke Stesen Masjid Jamek. Namun penumpang masih perlu mendapatkan khidmat bas perantara percuma bagi meneruskan perjalanan di antara Stesen Masjid Jamek dan Stesen Bandaraya. 

Dalam tempoh yang sama, pihak Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) akan menjalankan operasi percubaan akhir perkhidmatan LRT di antara Stesen Masjid Jamek dan Stesen Bandaraya, sebagai persiapan sebelum pembukaan semula laluan ini kepada pengguna. 

Kekerapan tren pada waktu puncak akan dipertingkatkan dengan masa menunggu 3.5 minit bagi Daerah Pusat Perniagaan dan 7 minit luar Daerah Pusat Perniagaan. 

Pelaksanaan operasi percubaan akhir ini dijalankan sebagai mematuhi piawaian operasi dalam langkah untuk memastikan keselamatan pengguna dan kebolehpercayaan sistem rel. 

Language:

Search
Rate Our Services

Bus, Rail or Station Performance (Rapid KL, Rapid Penang, Rapid Kuantan)

Rate Our Retail Offerings

Our Retailers, Business Partner and Mobile App