Search
Close this search box.

_

PENJIMATAN HEBAT UNTUK WARGANEGARA MALAYSIA DENGAN HARGA BAHARU PAS MYCITY

KUALA LUMPUR, 15 April – Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), selaku pemilik dan pengendali perkhidmatan rel dan bas Rapid KL di Lembah Klang mengumumkan harga baharu bagi Pas Perjalanan Tanpa Had 1-Hari dan 3-Hari, khas buat warganegara Malaysia.


Diperkenalkan pada bulan April 2019 dengan harga RM25 untuk 1 hari dan RM55 untuk 3 hari, Pas MyCity kini boleh didapati dengan harga promosi RM5 untuk 1 hari, dan RM15 untuk 3 hari mulai hari ini (15 April) hingga 25 Julai 2021. Pas ini boleh didapati di semua Kaunter Khidmat Pelanggan Rapid KL di stesen LRT, MRT, Monorel dan BRT.

“Prasarana komited dalam mendukung aspirasi kerajaan untuk meringankan beban kewangan pengguna perkhimatan awam dimusim pandemik ini. Seterusnya, inisiatif ini diharap dapat menggalakkan pelancongan domestik dikalangan rakyat Malaysia,” kata Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Datin Hjh. Norlia Noah dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Warganegara Malaysia yang ingin mendapatkan Pas MyCity ini, harus mempamerkan MyKad mereka sewaktu proses pembelian di kaunter. Harga baharu pas ini tidak termasuk harga kad Touch N’ Go bernilai RM5, serta RM5 nilai dompet minimum yang perlu ada di dalam kad Touch ‘N Go.

Pengguna perkhidmatan Rapid KL kini boleh merancang perjalanan mereka dengan lebih mudah, menggunakan aplikasi ‘PULSE’ yang boleh dimuat turun melalui melalui ‘Google Play Store’ atau ‘Apple App Store’.

Language:

Search