Search
Close this search box.

_

PENGGUNA LRT TERJEJAS AKIBAT MASALAH BEKALAN ELEKTRIK

KUALA LUMPUR, 27 Julai – Rapid Rail Sdn Bhd ingin mengesahkan bahawa perkhidmatan LRT Laluan Ampang/Sri Petaling turut terkesan akibat masalah bekalan elektrik melibatkan beberapa kawasan di Lembah Klang.

Perkhidmatan LRT Laluan Ampang/Sri Petaling dilaporkan mengalami gangguan kira-kira pada jam 12.48 tengah hari melibatkan 11 stesen dari Stesen LRT Bandar Tun Razak sehingga Stesen LRT Pusat Bandar Puchong.

Akibat masalah ini, tren bergerak dengan lebih perlahan dan berhenti lama di platform. Penumpang yang terjejas telah ditawarkan kupon perjalanan sehala secara percuma yang perlu tebus di kaunter khidmat pelanggan.

Perkhidmatan pulih sepenuhnya pada jam 1.35 petang.

Language:

Search